7 Lokasi Menarik Yang Jarang Dikunjungi Pelancong

0
869

Melancong adalah ibarat suatu terapi bagi sebahagian dari kita. Selain menghilangkan stres akibat kerja, melancong juga menjadikan kita lebih terbuka minda dan meneroka budaya serta tempat menarik di negara lain.

BACA: Mati Dibunuh Sebab Masak Tak Sedap

Jika anda ke luar negara, pastinya anda akan ke tempat yang biasa dikunjungi dan popular. Namun kadangkala anda terlepas saat dan momen indah apabila tempat kunjungan anda dibanjiri pelancong asing dan sesak.

Segalanya jadi celaru hingga boleh merosakkan mood percutian anda. Tahukah anda terdapat 7 lokasi menarik yang jarang dikunjungi pelancong di dunia ini? Kami kongsikan dengan anda di mana lokasinya.

1. Huacachina, Peru

Sumber dari grupoedutravel.com

Huacachina merupakan sebuah pekan oasis di tengah padang pasir negara Peru. Lima jam diperlukan untuk sampai ke destinasi ini daripada ibu negara Peru, Lima. Ianya sesuai dikunjungi kerana pekan ini mempunyai populasi seramai 200 orang sahaja.

2. Popeye Village, Malta

Sumber dari travelwithkally.blogspot.com

Perkampungan kecil ini terdiri daripada beberapa rumah kayu yang dibina semasa pembikinan filem muzikal Popeye pada tahun 1980. Namun kini ia dijadikan taman hiburan dengan penambahan beberapa buah kapal di sekeliling teluknya.

3. Setenil de Las Bodegas, Sepanyol

Sumber dari amazingworldplaces.com

Pekan kecil yang terletak di dalam batu di selatan Sepanyol ini telah terbina selama berkurun lamanya. Penduduk tempatan menggelarkannya ‘pekan di bawah batu’. Dinding dan bumbung rumahnya dibuat dari lelehan batu gunung berapi.

4. Gua Saint Marcel d’Ardeche, Perancis

Sumber dari karangkraf.com

Seorang pemburu Perancis telah menemui gua ini pada tahun 1836. Terletak dalam kawasan Rhone di pergunungan Alps, gua ini mempunyai beberapa kolam jernih yang cantik dan mengasyikkan.

5. Taman Negara Lencois Maranhenses, Brazil

Sumber dari darkofmystery.blogspot.my

Taman negara ini terletak berhampiran dengan Lautan Atlantik. Ia berada di timur laut Brazil. Uniknya, beribu lagun kehijauan ini akan terbentuk di antara bukit pasir apabila musim hujan tiba.

6. Pulau Marieta, Mexico

Sumber dari blog.tripvisto.com

Ianya merupakan sebuah pantai yang tersembunyi di tengah pulau. Pantai rahsia ini lebih dikenali dengan nama Playa De Amor. Airnya yang jernih dan menjadi habitat burung menjadikan pantai ini sangat indah.

7. Blagaj, Bosnia-Herzegovina

Sumber dari placestoseeinyourlifetime.com

Siapa sangka di sebalik negara yang pernah dilanda perang ini terdapat sebuah perkampungan kecil yang sangat mempesonakan. Ia terletak di antara air terjun dan dikelilingi tasik yang membiru.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Pekena Daging Lembu Cair Di Lidah? (Kyoto)