7 Makanan Buat Berat Badan Anda Turun Lebih Cepat

0
59482

Pemakanan adalah faktor terpenting untuk anda mengurangkan berat badan di samping melakukan aktiviti yang aktif seperti senaman kardio, mengangkat beban dan pelbagai lagi jenis senaman.

BACA: Kajian: Amal Minum Kopi Mampu Buat Anda Kurus

Ini kerana setiap apa yang anda makan mempunyai kalori dan sekiranya kalori yang diambil melebihi keperluan untuk sehari dan ia tidak dibakar akan menyebabkan berat anda bertambah.

Selain itu terdapat beberapa makanan yang berfungsi untuk membakar lemak di dalam badan secara semula jadi dan sekaligus boleh mengurangkan berat badan seseorang.

1. Epal


Buah epal mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dan pekctin yang berperanan mengurangkan lemak dalam badan.

2. Almond


Tergolong dalam keluarga kekacang, almond juga mengandungi antioksidan, asid amino dan serat yang boleh meningkatkan kadar metabolisme dan pembakaran kalori.

3. Cili


Bahan capsaicin yang terkandung dalam cili sama ada cili merah dan cili hijau dapat membantu pembakaran kalori dalam badan dengan cepat.

4. Salmon


Lemak Omega-3 yang terkandung pada ikan salmon juga mampu menurunkan berat badan serta meningkatkan kesihatan otak. Selain itu asid amino yang ada juga boleh membantu proses pembakaran kalori.

5. Teh hijau


Peranan teh hijau dalam menurunkan berat badan memang telah diakui keberkesanannya. Kandungan antioksidan yang ada dalam teh hijau boleh mengurangkan dan menstabilkan berat badan.

6. Coklat gelap


Apabila kita hendak mengurangkan berat badan, sering diingatkan supaya elakkan daripada memakan coklat. Tetapi berlainan untuk coklat gelap kerana ia mengandungi falvonoids yang boleh mengurangkan kolestrol dan membakar lemak degil.

7. Bawang putih


Bahan allicin yang ada dalam bawang putih terkenal dengan fungsi sebagai antibakteria dan sebenarnya ia juga boleh mengurangkan lemak dan kolestrol dalam badan.

VIDEO: Pedas Sungguh Siput Sedut Tapi Sedap! 😭😭😭

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram