7 Makanan Wajib Elak Bila Diet

0
9461

Jika anda impikan tubuh badan langsing dan sihat, anda perlu berwaspada dengan pemakanan harian dengan teliti. Anda mungkin tak sedar bahawa ada makanan yang perlu dielakkan ketika diet. Terdapat beberapa makanan yang wajib dielak untuk memastikan diet anda berkesan.

BACA: Nak Berat Badan Idaman, Baca Cara Eat Clean Ini

1. Minuman berkarbonat

Sumber dari gadiskalispeluru.blogspot.my

Secara umumnya, ramai yang tahu minuman berkarbonat ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Namun, anda mungkin tak tahu air sebegini juga mengandungi kafein seterusnya menyebabkan anda menjadi ketagih untuk minum.

Jangan dilayan perasaan teringin minum air bergas walaupun sudah lama anda tinggalkan minuman ini kerana ia tidak mempunyai sebarang khasiat untuk badan.

2. Minuman berasaskan kopi

Sumber dari hipnewjersey.com

Tak dinafikan kopi membuatkan kita berasa segar bila mengantuk tetapi anda perlu ingat kopi mengandungi kafein yang tak elok untuk badan. Selain itu, kopi juga mengandungi krimer, gula dan susu. Anda boleh minum kopi sekali-sekala tetapi pastikan anda kawal kandungan krimer, gula dan susu sendiri.

3. Tepung

Sumber dari bogasari.com

Jangan tertipu dengan tepung jika anda rasa tepung mempunyai banyak khasiat. “Tepung yang diperkaya” selalunya telah dilunturkan bagi menampakkan ianya berwarna putih seterusnya menghilangkan khasiat yang ada di dalam tepung tersebut.

4. Roti, Kek, Muffin

Sumber dari inforesepku.com

Roti keju dan muffin berperisa bukanlah pilihan yang bijak untuk anda yang sedang diet. Saiz makanan sebegini selalunya besar jadi anda terpaksa makan lebih untuk menghabiskannya. Makanan jenis ini mengandungi tepung yang diperkaya, lemak tepu dan gula.

5. Minuman segera

Sumber dari wunderstore.co.uk

Ramai yang sukakan minuman segera atau 3 in 1 sebab senang untuk buat bahkan rasanya juga lazat. Anda perlu tahu minuman segera ini mempunyai kadar gula dan krimer yang tinggi dan anda tidak boleh mengawal pengambilan kerana ianya telah diproses bersama untuk setiap satu hidangan. Minuman 3 in 1 boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.

6. Snek buah

Sumber dari cikredjambu.blogspot.my

Mengapa perlu makan snek buah yang diawet jika anda boleh makan buah-buahan segar? Snek buah memang diperkaya dengan vitamin dan mineral berkhasiat tetapi anda perlu tahu snek ini mengandungi gula dan perisa tambahan yang memudaratkan. Pilihlah buah-buahan segar yang semestinya mengandungi pelbagai zat dan vitamin bagus untuk badan.

7. Makanan bergoreng

Sumber dari wanista.com

Anda perlu beranikan diri untuk katakan TIDAK kepada makanan bergoreng. Ini kerana makanan bergoreng memiliki kalori yang tinggi. Sebaiknya anda masak sendiri di rumah menggunakan minyak zaitun serta pilih makanan yang berkhasiat yang sesuai dengan diet anda.

Diet yang bagus bermula dari rumah. Anda perlu rajin jika mahukan diet anda berjaya dan jangan putus asa demi berat badan yang diidamkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Betul-Betul King Crab Fresh Dari Korea!