7 Perkara Wanita Bertudung Ini Belajar Dari Mengembara

0
415

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang pengembara adalah penerimaan masyarakat setempat dengan gaya diri mereka dan ada yang sering timbul rasa sangsi untuk pergi mengembara apabila berfikir tentang faktor agama dan juga penampilan diri.

BACA: Pizza Heart Pikat Hati Orang Kuantan

Tidak dinafikan Islamphobia seakan-akan menjadi ketakutan yang besar untuk masyarakat negara yang penduduk Islam adalah minoriti sehinggakan ada pengembara cuba menyorokkan identiti seorang Islam ketika mengembara seperti menutup pemakaian tudung dengan memakai topi besar atau skarf.

Namun begitu keadaan di luar sana tidak terlalu buruk seperti yang disangka seperti catatan oleh Nerissa Arviana Rahadian di havehalalwilltravel.com

Merupakan seorang pelajar perubatan yang berasal dari Indonesia, Nerissa, 22, timbul minat untuk mengembara apabila dia mula belajar di London pada tahun 2012.

Ketika itu dia banyak mengembara ke beberapa negara dan dari situ dia mempelajari bahawa masyarakat luar tidaklah melayan masyarakat Muslim dengan buruk bahkan ada perkara yang membuatkan Nerissa menilai kembali dirinya.

Oleh itu kami kongsikan 7 perkara yang dipelajari oleh Nerissa dan mungkin anda sebagai seorang Islam juga apabila mengembara di tempat orang.

1. Terlalu ramai baik di luar sana.


Usah takut apabila berada di tempat orang kerana akan sentiasa ada orang yang baik dan menerima kita sebagai orang Islam.

2. Orang akan layan kita bagaimana kita layan

A post shared by Nerissa (@herwandertales) on


Jujurnya Nerissa tidak pernah menerima layanan yang buruk daripada orang lain kerana dia sentiasa mengingatkan dirinya untuk menerima orang dengan hati yang terbuka.

Bahkan dengan imej bertudungnya, orang ramai senang untuk berkawan dengannya.

3. Rasa teruja apabila berjumpa orang Muslim lain

A post shared by Nerissa (@herwandertales) on


Imejnya yang bertudung membuatkan orang ramai senang mengenalinya sebagai orang Islam.

Menerusi pengalamannya ketika satu malam di London, dia tidak tahu cara untuk menaiki bas tempat yang hendak dituju dan ketika itu ada seorang lelaki menolongnya kerana tahu dirinya seorang beragama Islam.

4. Tugas pengembara Muslim untuk beri kefahaman tentang Islam kepada orang luar

A post shared by Nerissa (@herwandertales) on


Bagi Nerissa juga sebenarnya untuk memperkenalkan Islam kepada orang luar adalah tanggungjawab orang Islam itu sendiri.

Cara ini lebih mudah untuk menerangkan sebarang kemusykilan yang meraka rasakan.

5. Pentingnya mempunyai pemikiran terbuka apabila berada di tempat orang.

A post shared by Nerissa (@herwandertales) on


Sebagai pengembara mempunyai pemikiran yang terbuka adalah penting kerana akan bertemu dengan ramai orang.

Selain itu ia juga melatih diri untuk lebih bertolak ansur.

6. Sebagai muslim perlu percaya kebaikan akan sentiasa ada di mana-mana.

A post shared by Nerissa (@herwandertales) on


Memakai tudung menjadikan orang luar lebih bersikap baik kepadanya.

Pernah ketika dia mengikut rakan menyambut tahun baru di Westminister ada orang lain yang bertanya keadaan kesihatan dirinya kerana kelihatan pucat dan letih.

7.Dunia tidaklah sekejam yang disangkakan

A post shared by Nerissa (@herwandertales) on


Sepanjang mengembara, Nerissa bertemu dengan ramai orang yang baik dan menjadi inspirasi kepadanya untuk menjadi orang yang baik juga kepada orang lain.

VIDEO: Makan Sotong Besar Penumbuk Kat Nasi Lan Kedah?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram