7 Sebab Anda Wajib Pergi MAHA 2016 Sebelum Ia Berakhir

0
3614

Bersempena cuti sekolah hujung tahun ini pasti para ibu bapa mencari-cari aktiviti ataupun destinasi yang hendak dilakukan bersama anak-anak bagi mengisi masa yang berkualiti.

BACA: Cerita Sebenar Penanaman Wasabi

Apa kata anda bawa anak-anak dan keluarga ke Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2016 (MAHA 2016) yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang Selangor bermula 1 November hingga 11 Disember ini.

Kami pasti kunjungan anda ke MAHA 2016 akan memberikan pengalaman yang menarik kerana pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama.

Jom kita lihat apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang kunjungan anda di sana

1. Castle of Fruits

7-sebab-anda-wajib-pergi-maha-2016-sebelum-ia-berakhir-vitdaily-02
Bagi pengemar buah-buahan pasti suka bila melawat kawasan Castle of Fruits ini kerana pelbagai buah-buahan tempatan ada di sini. Baik durian musang king sehinggalah buah naga. Harga yang ditawarkan memang berpatutan jadi tak rugi mak ayah membeli buah-buahan di sini. Bila balik rumah boleh jadikan pencuci mulut atau makan bersama keluarga.

2. Kampung Durian Runtuh

7-sebab-anda-wajib-pergi-maha-2016-sebelum-ia-berakhir-vitdaily-03

Kanak-kanak yang meminati kartun Upin Ipin pasti akan teruja bila mengunjungi tapak pameran yang berada di Zon 2 ini. Walaupun dikenakan bayaran tiket masuk sebanyak RM10 bagi kanak-kanak dan RM20 bagi dewasa ataupun pakej keluarga sebanyak RM60 (2 dewasa dan 2 kanak-kanak), ia adalah berbaloi dengan pelbagai aktiviti yang disediakan untuk anak-anak bermain sambil belajar mengenai pertanian, tumbuh-tumbuhan dan serangga.

3. Nafas [email protected]

Facebook: Cempedak Cheese
Facebook: Cempedak Cheese

Bagi mereka yang ingin merasai bermalam di MAEPS, anda boleh menempah untuk tinggaldi Nafas [email protected] yang juga merupakan tarikan terbaru untuk MAHA 2016. Mempunyai empat jenis penginapan iaitu dan bermula daripada harga RM250 untuk VVIP, RM180 bagi Executive, RM150 untuk culvert dan RM120 bagi mereka yang ingin merasai pengalaman berkhemah.

4. Kampung Mak Cun

7-sebab-anda-wajib-pergi-maha-2016-sebelum-ia-berakhir-vitdaily-05
Buat julung kalinya MAHA 2016 juga membawa perkampungan Mak Cun yang mempunyai pelbagai aktiviti kampung dan menyediakan makanan tradisi daripada Kedah seperti laksa tempurung, nasi ulam dan juga nasi daging.

5. Pameran hasil tani dan tumbuh-tumbuhan

7-sebab-anda-wajib-pergi-maha-2016-sebelum-ia-berakhir-vitdaily-06
Seperti biasa apalah maknanya MAHA tanpa pameran hasil tani dan tumbuh-tumbuhan. Pelbagai jenis pokok dan spesis tumbuh-tumbuhan ada dipamerkan pada MAHA kali ini. Selain turut terdapat jualan hasil tani dengan harga yang murah daripada biasa.

6. Laman ternakan

Gambar: Astro Awani
Gambar: Astro Awani

Ibu bapa yang berkunjung ke MAHA 2016 apa kata bawa sekali anak-anak ke laman ternakan sebab di sana pelbagai jenis baka haiwan dapat dilihat dan sekaligus menjadi satu proses pembelajaran tidak langsung untuk anak-anak. Lembu sado pun ada di sana juga.

7. Rhythm Of The Farmers #ROTF

Gambar: Video Klip MAHA 2016
Gambar: Video Klip MAHA 2016

Selain melihat tumbuh-tumbuhan dan ternakan, MAHA 2016 juga turut menyediakan persembahan daripada pelbagai artis yang diadakan di pentas utama yang terdapat di D’Lereng MAEPS. Setiap malam artis yang berbeza akan membuat persembahan seperti Wali Band, Akim & The Majistrade, Khalifah Band, Ramli Sarip, Abiet G. Ade dan ramai lagi.

Kami kongsikan lagu MAHA 2016 yang cukup sempoi ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram