7 Sebab Kukuh Kenapa Anda Kena Travel Seorang Diri

0
310
Gambar: pinterest

Apabila merancang untuk pergi travel sudah semestinya kita akan berfikir dengan siapa hendak pergi. Persoalan itu pasti memeningkan kepala kerana kalau tidak kena gayanya perjalanan anda akan menjadi bosan atau susah ataupun mungkin juga akan menjadi satu perjalanan menarik. Tiada siapa dapat jangka apa yang akan terjadi.

BACA: 5 Gajet Wajib Bawa Pergi Mengembara

Akan tetapi apa kata, daripada anda pening-pening kepala memikirkan siapa buddy untuk anda ajak pergi travel, anda cuba pergi travel seorang diri. Ini kerana sudah pastinya ia akan memberi pengalaman baru untuk anda dan barulah lebih adventure.

Kami kongsikan 7 sebab kenapa anda perlu pergi travel seorang diri.

1. Anda akan belajar buat keputusan sendiri

Bila anda pergi travel seorang diri segala keputusan anda akan buat sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Bahkan setiap impak daripada keputusan itu anda sendiri akan tanggung, oleh itu anda akan menilai setiap aspek sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.

2. Lebih mudah merancang

Travel seorang diri akan memudahkan anda untuk merancang. Anda tak perlu fikirkan tentang orang lain dan hanya fikirkan diri anda sendiri bila hendak merancang di mana hendak tidur, tempat mana yang henda dilawati bahkan berapa banyak bajet yang diperlukan.

3. Boleh menaiki apa sahaja

Ketika berseorangan anda lebih mudah untuk memilih bagaimana anda hendak pergi mengembara. Sama ada dengan bas, kereta, motorsikal mahupun kapal terbang. Bahkan anda juga boleh merasai pengalaman terbang dengan penerbangan first class kalau ada bajet.

4. Belajar berdikari

Dalam situasi berseorangan anda lebih mudah berdiri atas kaki sendiri dan memilih risiko yang paling rendah bila membuat sesuatu perkara. Ia juga akan melati diri anda menjadi lebih matang dan berfikiran rasional.

5. Masa mencari minat sendiri

Ambil masa berseorangan ini untuk anda explore apakah minat anda yang sebenarnya tanpa dibayangi sesiapa pun. Mungkin selepas balik dari pengembaraan itu akan membuatkan diri anda menjadi seseorang yang baru kerana temui minat sebenar.

6. Berjumpa orang baru

Walaupun berseorangan ketika travel usah jadi terlalu introvert. Latih diri anda untuk bertegur sapa dengan orang yang anda jumpa. Mulakan perbualan dengan menyapa ‘hai’ dan perkenalkan diri. Mana tahu orang yang anda temui itu akan mengubah hidup anda, boleh saja orang itu akan jadi majikan terbaru anda atau teman hidup anda.

7. Tiada drama

Bila pergi travel sudah pasti kita hendak elakkan sebarang drama atau perselisihan faham antara anda dan kawan-kawan jadi apabila keseorangan masalah itu tidak akan timbul. Akan tetapi bersedia juga sekiranya berlaku drama dengan orang yang akan anda temui sepanjang perjalanan dan jadikan itu sebagai satu pengalaman.

Bon voyage!