7 Sebab Peminat Kopi dan Teh Kena Datang Midvalley Sekarang!

0
1738

Bagi anda yang mengemari kopi dan teh anda wajib pergi ke ‘I Love Coffee & Tea Expo’ yang diadakan di Midvalley Exhibition Centre daripada 28 Oktober sehingga 30 Oktober.

BACA: 5 Sebab Kenapa Kopi Ini Jadi Kopi Paling Famous Di Instagram

Kami sempat berkunjung ke ekspo ini pada hari pertama diadakan. Walaupun hari pertama, pelbagai aktiviti yang kami dapat lakukan di sini.

Kami kongsikan 7 sebab mengapa anda wajib berkunjung ke Midvalley sekarang!

1. Kopi percuma lepas kumpul cop

7-sebab-peminat-kopi-dan-teh-kena-datang-midvalley-sekarang-vitdaily-01
Bila anda berkunjung ke ekspo I Love Coffee and Tea ini jangan lupa untuk mendaftar pintu masuk kerana selepas mendaftar anda akan dapat satu borang untuk dicop setiap ‘pit stop’ di dalam ekspo. Terdapat tiga ‘pit stop’ dan setiap pit stop tersebut anda akan dapat satu tin kopi pokka secara percuma. Lebih menarik lagi sekiranya anda lengkapkan ketiga-tiga cop anda boleh tebus secawan kopi daripada booth Pure Cafee Tea.

2. Bau teh yang sungguh harum

7-sebab-peminat-kopi-dan-teh-kena-datang-midvalley-sekarang-vitdaily-02
Selain kopi, di ekspo ini juga anda boleh tahu mengenai pelbagai jenis teh. Anda boleh cari bermula teh tradisional masyarakat Cina sehingga kepada teh Cucumber Melon Refresh Tea. Kami cadangkan anda singgah ke booth Chaiyo untuk mengetahui pelbagai ilmu berkenaan jenis-jenis teh.

Di booth ini anda boleh menghidu keharuman pelbagai teh yang sudah divariasikan dengan pelbagai bahan yang membuatkan ia lebih berbau harum dan mempunyai khasiat yang baik.

3. Boleh cuba pelbagai jenis kopi

7-sebab-peminat-kopi-dan-teh-kena-datang-midvalley-sekarang-vitdaily-03
Semestinya apabila ekspo seperti anda boleh cuba pelbagai jenis kopi baik daripada ‘kopi o’ sehinggalah kepada latte mahupun cappucino. Boleh kata setiap booth memberi sample kopi yang mereka jual. Sepanjang berada di ekspo ini memang puas kami mencuba kopi-kopi yang ada.

7-sebab-peminat-kopi-dan-teh-kena-datang-midvalley-sekarang-vitdaily-04

Di samping itu, jangan lupa untuk cuba dan beli snek Cocoa Nips. Kami rasa sungguh teruja ketika mencuba snek ini kerana diperbuat daripada biji koko yang sudah diproses. Sebelum mencubanya kami ingat pasti rasanya pahit ataupun kelat tetapi memang rasa terkejut kerana rasanya layan betul. Memang berbaloi untuk beli sepeket buat kunyah-kunyah.

4. Ada kek keju lembut!

7-sebab-peminat-kopi-dan-teh-kena-datang-midvalley-sekarang-vitdaily-06
Secawan kopi panas pasti akan lengkap apabila disertakan sepotong kek. Bagi anda yang mengemarkan kek keju pasti anda akan gembira bila membeli kek daripada booth Chizu Bakery. Kek keju yang dijual disini sememangnya lembut dan segar kerana dibakar di situ. Lebih menarik lagi harganya pun tidaklah mahal, dengan RM20 anda boleh dapat dua biji kek keju tersebut.

Mengenai rasa jangan risau, memang sedap!

5. Coffee artwork yang unik

7-sebab-peminat-kopi-dan-teh-kena-datang-midvalley-sekarang-vitdaily-07
Sambil jalan-jalan melihat pelbagai booth yang lain kami sempat singgah di sebuah booth Vivian Lee Artist. Di booth ini anda dapat melihat pelbagai jenis lukisan yang diwarnakan dengan kopi.

7-sebab-peminat-kopi-dan-teh-kena-datang-midvalley-sekarang-vitdaily-08
Menurut artisnya, Vivian Lee, dia berminat membuat karya daripada kopi ini kerana keunikannya. Kopi akan dibancuh pekat seolah-olah warna air dan dia akan mula mewarna lukisannya. Kami sungguh teruja dengan artworknya yang bertajuk ‘Dragon’ memang details lukisan berbentuk iguana itu. Anda boleh dapatkan poskad yang eksklusif sekiranya berkunjung ke booth ini

6. Pelbagai aktiviti diadakan

7-sebab-peminat-kopi-dan-teh-kena-datang-midvalley-sekarang-vitdaily-09
Selain melihat pameran kopi dan teh anda juga boleh sertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Sewaktu kami melawat ekspo ini tadi kami sempat lihat Latte Art Workshop dan juga Brewing method yang diadakan di pentas utama.

7-sebab-peminat-kopi-dan-teh-kena-datang-midvalley-sekarang-vitdaily-10

Selain aktivit di pentas utama, anda juga boleh sertai aktiviti yang dianjur di setiap booth yang ada kerana disediakan pelbagai hadiah untuk anda.

7. Promosi dan potongan harga yang betul murah!

7-sebab-peminat-kopi-dan-teh-kena-datang-midvalley-sekarang-vitdaily-11
Kami memang teruja melihat tawaran harga yang dibuat oleh setiap booth. Anda bayangkan di booth Anis Coffee Enterprise potongan harga diberinya memang betul murah. Anda wajib cuba perisa kek terbaru mereka iaitu Orange Chocolate Cake, memang sedap bahkan dijual dengan harga yang murah iaitu tiga bekas RM10!.

7-sebab-peminat-kopi-dan-teh-kena-datang-midvalley-sekarang-vitdaily-12
Selain itu, di booth lain anda boleh dapatkan kopi-kopi yang dikisar segar daripada biji kopi dengan harga sekitar RM8-RM10. Memang betul berbeza dengan harga diluar.