7 Tips Mudahkan Melancong Bersama Kanak Kanak

0
114

Melancong dan mengembara sememangnya satu aktiviti yang menyeronokkan terutamanya apabila pergi bersama keluarga dan anak-anak dan ia dapat menjadi satu masa yang berkualiti untuk anda sekeluarga.

BACA:
Merokok Tempat Awam, Denda RM250 Serta Merta

Namun begitu pastinya anda sebagai ibu bapa akan pening membuat segala persiapan baik daripada kelengkapan sehinggalah melayan kerenah anak-anak, memang boleh hilang sabar dibuatnya.

Kerenah anak-anak memang tak dapat dijangka namun sekiranya persiapan yang baik dilakukan mungkin ia dapat melegakan hati anda.

Oleh itu kami kongsikan beberapa tips yang anda boleh cuba sebelum anda pergi melancong.

1. Buat senarai peralatan

Ambil sedikit masa untuk anda buat checlist setiap barangan yang diperlukan. Semak senarai tersebut ketika sedang mengemas dan sebelum bergerak daripada rumah. Kelengkapan dan barangan yang mencukupi dapat menenangkan fikiran anda ketika melancong.

2. Bawa baju yang bersesuaian

Sebelum pergi seeloknya anda semak terlebih dahulu bagaimana suhu dan cuaca tempat yang hendak dikunjungi. Sekiranya suhu di sana rendah lebih baik anda sediakan baju sejuk dan sekiranya ketika musim panas sediakan baju yang bersesuaian. Pakaian yang bersesuaian juga mempengaruhi kesihatan anak-anak anda ketika melancong.

3. Bawa gajet yang diperlukan sahaja

kanak-kanak dan gajet memang tak dapat dipisahkan namun apabila pergi melancong, gunakan kuasa veto anda dengan hadkan gajet apa yang anak boleh bawa supaya masa mereka di sana nanti tidak dihabiskan dengan gajet. Masa yang ada boleh mereka terokai tempat yang baru dikunjungi itu.

4. Buat persiapan awal

Jangan tergesa-gesa ketika anda hendak pergi melancong. Sebaiknya malam sebelum atau sehari sebelum tarik berlepas segala kelengkapan atau beg pakaian telah siap.

5. Bawa ubat-ubatan

Antara cabaran melancong bersama kanak-kanak adalah tahap kesihatan mereka. Kanak-kanak cepat terkesan dengan perubahan cuaca ataupun kebersihan tempat, jadi sediakan ubat-ubatan asas seperti ubat demam dan sakit perut untuk anak anda.

6. Bertenang

Kerenah kanak-kanak memang akan buatkan kesabaran anda teruji jadi nasihat kami teruskan bersabar dan cuba tersenyum. Anggaplah setiap yang berlaku adalah pengalaman untuk anda kenang apabila mereka sudah besar kelak.

7. Bawa benda favorite anak anda

Salah satu cara untuk tenangkan anak anda ketika mereka sedang meragam adalah dengan berikan benda yang mereka sukakan. Boleh jadi benda itu adalah teddy bear, buku cerita mahupun bantal busuk (basuh dahulu sebelum bawa).

Selamat melancong!

VIDEO: Mana Hilangnya Lubang Kuih Keria? #VitdailyGoCarMelaka

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram