8 Makanan Ini Buat Lemak Tepu Dalam Badan

0
1008

Mengekalkan tubuh badan yang ideal bukanlah mudah. Segalanya memerlukan pengorbanan baik dari sudut pemakanan mahupun senaman. Mengambil jalan mudah seperti mengamalkan pil pelangsing bukanlah cara yang terbaik.

BACA: 7 Lokasi Menarik Yang Jarang Dikunjungi Pelancong

Menerusi pemakanan, kita sememangnya mampu mendapat tubuh badan yang cantik dan sihat. Dalam rutin pemakanan kita seharian, seharusnya 8 jenis makanan popular ini harus dielakkan.

1. Ayam goreng

Sumber dari alchetron.com

Rasanya yang rangup di luar dan berjus di dalam pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja walaupun dijual di pasar malam. Ianya menu yang wajib bagi kebanyakan kita.

Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa ayam yang digoreng mengandungi gumpalan lemak yang sangat tinggi kerana dimasak pada suhu tinggi. Seeloknya anda beralih kepada ayam yang dipanggang dengan bahagian daging tanpa lemak.

2. Kentang goreng

Sumber dari thinkstockphotos.com

Kalori di dalam kentang sebenarnya lebih rendah dari makanan yang lain. Namun apabila ia sudah dimasak dengan suhu yang tinggi, nilai kalorinya bertambah.

Jika dimakan bersama dengan makanan bergoreng yang lain seperti ayam goreng dan burger, pasti lebih parah. Sebaiknya cuba elakkan memakan kesemuanya dalam satu masa.

3. Roti putih

Sumber dari alodokter.com

Menggantikan nasi dengan roti putih sememangnya bukanlah pilihan yang tepat. Sebaliknya, ia tidak akan membuatkan anda kenyang lebih lama. Apa yang pasti, gula dalam darah anda akan melonjak naik dan anda cepat berasa lapar.

Roti putih tidak mengandungi banyak nutrisi dan sering digabungkan dengan gula atau pemanis makanan hingga menyebabkan berat badan anda naik. Pilihlah roti yang mempunyai gandum penuh berbanding roti putih biasa.

4. Makanan versi diet

Sumber dari bisnisyoghurt.com

Produk rendah lemak, gula, atau diet kini mulai membanjiri pasaraya tempatan. Tahukah anda, produk sebegini sebenarnya mengandungi bahan kimia tambahan seperti pewarna, perasa dan gula buatan.

Ianya memberi risiko yang tinggi kepada kesihatan tubuh anda. Sebaiknya, pilihlah buah-buahan semulajadi berbanding mengambil produk diet sebegini.

5. Bijirin

Sumber dari jomlepak-my.blogspot.my

Bijiran menjadi pilihan ramai kebanyakannya pada sarapan pagi. Hakikatnya, kebanyakan produk bijiran di pasaran mengandungi gula yang tinggi dan rendah nutrisi. Jadi, lemak berlebihan akan terkumpul di dalam badan anda. Pilihlah bijiran yang benar-benar semulajadi dan tanpa bahan tiruan di dalamnya.

6. Gula-gula

Sekadar gambar hiasan

Seringkali kita akan mengambil gula-gula untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat. Tahukah anda sebahagian besar gula-gula di pasaran hanya mengandungi pemanis tiruan dan bahan kimia seperti pewarna dan pengawet?

Gula-gula langsung tidak mempunyai nutrisi dan boleh menyebabkan ketagihan jika tidak dibendung dengan baik.

7. Pastri, donat & makanan ringan

Sumber dari Pinterest.com

Ketiga-tiga jenis makanan ini sebenarnya rendah serat dan tidak mengenyangkan. Selalunya, makanan sebegini kerap dibuat dengan jagung atau gandum yang telah diproses.

Selain mengandungi gula dan pemanis tiruan, ia juga boleh menyebabkan tahap gula dalam tubuh badan anda melonjak dengan cepat.

8. Kopi dengan krimer & pemanis

Sumber dari foodsubs.com

Hampir 800 kalori boleh didapati dengan hanya meminum secawan kopi segera dan krimer. Ianya hampir separuh dari jumlah kalori keperluan tubuh anda seharian.

Kopi dikatakan mengandungi kalori yang tersembunyi. Bancuhlah kopi dan krimer anda dengan bijak dan jangan terlalu berlebihan meminumnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Train On Time Gila Kat Jepun! (Osaka)