9 Bandar Termurah Di Eropah Untuk Didiami

0
761

Seringkali kita menganggap mereka yang tinggal di Eropah mempunyai status hidup dan kos hidup yang tinggi. Namun di Eropah terdapat beberapa bandar yang dikategorikan mempunyai kos hidup yang murah.

BACA: Lelaki Moonwalk Serata Eropah, Selfie Dah Basi

Kami kongsikan 9 bandar termurah di Eropah yang disenaraikan oleh World Economic Forum.

1. Tartu

9-bandar-termurah-di-eropah-untuk-didiami9-tartu-008
Bandar kedua terbesar di Estonia dan mempunyai kecantikannya tersendiri. Bandar ini juga dikategorikan sebagai bandar intelektual kerana mempunyai universiti tertua iaitu Universiti Tartu.

2. Porto

9-bandar-termurah-di-eropah-untuk-didiami8-porto-009
Merupakan bandar kedua terbesar di Portugal ini dikatakan 70 peratus lebih murah daripada Bandaraya New York daripada segi sewa rumah dan makanan seharian.

3. Thessaloniki

9-bandar-termurah-di-eropah-untuk-didiami7-thessaloniki-005
Berhampiran dengan laut dan merupakan hab pengangkutan utama bagi Greece, menjadikan bandar ini menyediakan banyak peluang pekerjaan. Tarikan utama bagi pelancong adalah melawat pelbagai muzium dan tempat-tempat bersejarah yang ada di bandar ini.

4. Tallinn

9-bandar-termurah-di-eropah-untuk-didiami6-tallins-004
Kos hidup di bandar ini dikatakan tersangat rendah dan mempunyai kestabilan dari aspek politik dan kewangan serta mempunyai peningkatan gaji yang konsisten.

5. Athens

9-bandar-termurah-di-eropah-untuk-didiami5-athens-007
Bandar ini mungkin dipenuhi dengan masalah pengangguran dan perlarian daripada negara lain. Namun sekiranya anda mempunyai pekerjaan di bandar ini pasti gaji anda lebih dari cukup untuk tinggal di sana.

6. Lisbon

Lisbon
Lisbon

Menurut Glassdoor purata gaji minimun di Portugal adalah sekitar € 15,500 (£ 12,210, $ 17,641) setahun namun kos sara hidup yang rendah akan menyelamatkan poket mereka yang tinggal di sini.

7.Barcelona

9-bandar-termurah-di-eropah-untuk-didiami3-barcelona-003
Bandar ketujuh yang paling popular di kesatuan Eropah turut menarik ramai golongan professional dan pelancong daripada seluruh dunia, namun begitu kos hidup di bandar ini masih lagi rendah dengan gaji seseorang.

8. Graz

9-bandar-termurah-di-eropah-untuk-didiami2-graz-002
Bandar ini merupakan bandar kedua terbesar di Austria dan lebih dikenali sebagai bandar universiti kerana sewa, makanan dan kos utiliti termudah di Austria.

9. Marseille

9-bandar-termurah-di-eropah-untuk-didiami1-marseile-001
Bandar yang berdekatan dengan pantai merupakan bandar termurah untuk tinggal di Perancis. Akan tetapi kerana kos yang tinggi bagi kos hidup seperti sewa dan perumahan menjadikan bandar ini terletak paling bawah.