Tugas seorang abang adalah melindungi ahli keluarga terutamanya adik beradik sendiri tetapi dalam satu kes di Sungai Petani, Kedah, seorang remaja lelaki bertindak sebaliknya dengan mengambil kesempatan terhadap kepercayaan tiga adik perempuannya.

BACA: Curi Speaker Masjid, Lelaki Kena Bakar Sampai Mati

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan sumbang mahram dan memasukan jari ke dalam kemaluan tiga adik perempuannya.

Dia dituduh melakukan perbuatan menjijikan itu terhadap dua adik perempuannya — berusia lapan dan 14 tahun — pada 19 Julai sekitar jam lapan malam di rumahnya yang terletak di Sungai Layar dan dua hari kemudian pada jam 9 malam di sebuah rumah di Taman Ria.

Dia turut berdepan dua lagi pertuduhan memasukan jari ke dalam kemaluan dua adik perempuannya berusia 10 dan 14 tahun dalam dua kejadian berbeza.

Timbalaan Pendakwaraya, J. Geetha menggesa pihak mahkamah untuk tidak menawarkan jaminan kerana mangsa adalah adik kandungnya.

Hakim, Saiful Bahari Adzmi mengarahkan remaja terbabit untuk terus direman sehingga kes disebut semula pada 5 September ini.

Jika disabitkan kesalahan, remaja tersebut akan dikenakan penjara 10 tahun minimum dan 30 tahun maksimum berserta sebat.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram

Macam Makan Bunga Ros