AirAsia Dianugerah Strategi Pembayaran Terbaik

0
139

Pada Khamis baru-baru ini, syarikat tambang rendah, AirAsia telah menerima anugerah “Strategi Pembayaran Terbaik” atas usaha mereka mengendalikan pembayaran yang mudah untuk para pelanggan mereka.

BACA: Pengantin Muda Di Terengganu Bakal Terima Tanah

Anugerah tersebut telah dianugerahkan pada malam gala Corporate Treasurer Awards 2016 yang diadakan di Singapura.

Corporate Treasurer Awards mengiktiraf strategi perbendaharan dan kewangan terbaik syarikat bagi keseluruhan industri perbendaharaan.

“Fleksibiliti ini adalah untuk memastikan jumlah transaksi yang dilakukan mengikut mata wang pilihan yang merangkumi Dolar AS, Sterling, Euro, Dolar Australia, Yen Jepun, Dolar Singapura dan banyak lagi,” kata Ketua Kumpulan Perbendaharaan AirAsia Rozainol Bahari seperti yang dilaporkan Bernama.

Buat masa ini AirAsia telah terbang ke lebih 27 negara dengan sebanyak 120 destinasi dan lebih daripada 250 laluan.

Rozainol turut memberitahu selaku syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, AirAia setiap hari akan memberikan perkhidmatan penerbangan untuk pelbagai kategori pelanggan dari pelbagai negara.

“Walaupun berbeza dari segi budaya, semua pelancong secara lazimnya mahukan khidmat yang sama iaitu transaksi yang lancar dan mudah. Salah satu khidmat utama kami ialah trek peribadi, dan kami telah melaksanakan satu struktur yang menawarkan khidmat pilihan yang memudahkan pelanggan yang berasal dari pelbagai negara,” katanya lagi.

VIDEO: Mana Hilangnya Lubang Kuih Keria? #VitdailyGoCarMelaka

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram