AirAsia Tawar Diskaun 50% Destinasi ASEAN

0
1339

Hanya perlu membuat tempahan menggunakan laman web airasia.com dan mobile apps, AirAsia menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus untuk kesemua destinasi ASEAN yang menggunakan rangkaian penerbangannya.

BACA: Terbang Ke Hawaii Bersama AirAsia X Serendah RM499

Tempahan untuk tiket penerbangan itu boleh dibuat mulai hari ini pada pukul 10 pagi sehingga Jumaat pada pukul 12 tengah hari untuk perjalanan 5 September 2017 sehingga 23 November 2017.

Destinasi yang mendapat potongan harga ini merangkumi 10 negara ASEAN iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Usaha yang dilakukan AirAsia dengan pelancaran Visit [email protected] ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai pelancong mengunjungi rantau Asean untuk tahun 2017 ini.

“AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah yang terbang ke semua 10 negara Asia Tenggara dan kami yakin kempen Visit [email protected] ini akan menyumbang kepada sasaran 121 juta pelancong untuk rantau ASEAN sempena sambutan ulang tahun ke-50 ASEAN,” ujar Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee ketika ditemui BH.

Bagi mereka yang berminat untuk menikmati keindahan Asia Tenggara adalah dengan menggunakan ASEAN Pass yang membolehkan mereka melancong ke semua negara ASEAN dengan kadar yang tetap.

Selain itu, para pelancong turut digalakkan membuat pre booking untuk set makanan SANTAN dengan hanya RM10 berserta pilihan minuman percuma sebelum memulakan percutian.

VIDEO: Memang Berebut Makan Gulai Ikan Tongkol Kat Sini 😱

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram