AirAsia Tawar Diskaun 50 Peratus Ke Amerika Syarikat

0
236

Syarikat penerbangan tambah rendah, AirAsia sememangnya terkenal dengan pelbagai tawaran diskaun yang menarik untuk penumpang setia mereka.

BACA: Pramugara AirAsia Sedia Teh Tarik Special Atas Penerbangan

Terkini AirAsia menawarkan diskaun setinggi 50 peratus untuk mereka yang ingin ke destinasi di Amerika Syarikat, Asia Pasifik dan negara Timur Tengah.

Tawaran tersebut bermula 15 Mei sehingga 21 Mei dan penumpang boleh memilih perjalanan di antara 5 September tahun ini hingga 8 Februari tahun hadapan.

“Promosi ini adalah terhad dan mungkin tidak tersedia di semua penerbangan semasa cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu,” maklum AirAsia seperti yang dilaporkan Bernama.

Selain penjimatan setinggi 50 peratus, penumpang juga boleh memilih tempat duduk mereka dengan ‘Pick A Seat’ AirAsia.

Diskaun ini juga diberikan kepada penumpang Airsia X serta boleh memilih tempat duduk di Zon Senyap dan Premium Flatbed dan mendapat tambahan bagasi percuma sebanyak 40 kilogram.

“Selain itu, pelanggan yang memilih Premium Flatbed yang terbang dari Kuala Lumpur akan menikmati akses ke AsiaAsia Premium Red Lounge secara percuma,” tambah AirAsia lagi.

VIDEO: Apa Rasa Bebola Nasi Goreng Mazirah Buat Ni?!!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram