Amal Hidup Sihat, Tun M Pakai Saiz Sama 40 Tahun

0
693
Gambar: google.com

Tidak menghisap rokok, tidak minum arak dan makan terlalu banyak adalah petua yang sentiasa diamalkan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dalam memastikan tubuh badannya kekal sihat sehingga kini.

BACA: Makanan Sihat Lagi Banyak Kalori Dari Makanan Segera?

Meskipun telah berusia 91 tahun, Tun M masih lagi kelihatan sihat dan aktif serta mempunyai daya fikiran yang tajam.

Tun M juga memberikan nasihat supaya menjaga jantung kerana ia merupakan organ terpenting dalam tubuh badan.

“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.

“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi,” ujarnya ketika ditemui Sinar Harian.

Gambar: Zaid.my

Ketika Tayangan Perdana dan Bicara Filem Pendek Sikap di Yayasan Kepimpinan Perdana kelmarin, Tun M turut berkongsi petua yang diperturunkan dari ibunya satu ketika dahulu.

“Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan menjadi lebih mudah.

“Sebab itu, seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat,” beritahu beliau lagi.

VIDEO: “Saya Tak Boleh Lupa Subway Chicken Tandoori!”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram