Amal Tai Chi Rahsia Lelaki Hidup 100 Tahun

0
156
Geh sedang meniup lilin kek harijadinya sambil diperhatikan Kuan. Gambar: The Start

Mengamalkan cara hidup sihat dengan aktiviti riadah dan permakanan yang seimbang merupakan rahsia yang biasa kita dengar daripada orang-orang tua yang umur mereka lebih 80 tahun.

BACA: Kajian: Lebih Ramai Suka Makan Seorang Diri

Begitu juga bagi Kuan Lek yang merupakan penghuni paling tua Rumah Orang Tua Simee yang akan menjangkau umur 100 tahun pada 14 Januari nanti.

Menurut Kuan Lek, sehingga kini dia masih mengamalkan cara hidup yang sihat bagi memastikan tubuh badannya sentiasa cergas walaupun umurnya sudah lanjut.

“Dahulu saya mengamalkam senaman tai chi dan merupakan salah seorang pakar senaman itu, selain itu saya akan bangun pada 6 pagi dan tidur pada 9 malam dan tidak meminum arak,” ujar Kuan Lek ketika ditemui The Star sewaktu majlis sambutan ulang tahun kelahiran di sini.

Lahir dan dibesarkan di Ipoh serta pernah melalui zaman penjajahan Jepun menjadikan Kuan seorang yang berdikari dan tidak kisah melakukan sebarang pekerjaan untuk meneruskan hidup

Sekadar gambar hiasan

Dalam majlis yang sama, Geh Suan Bee, 96, turut memotong kek bersama Kuan Lek dan beliau akan menjangkau umur 97 tahun pada 4 May nanti.

Menurut Geh pula rahsia beliau berumur panjang adalah kegembiraan dan tidak mempunyai sebarang musuh bahkan di rumah orang tua itu Geh terkenal dengan kemesraannya terhadap penghuni yang lain.

Mengakui memori ingatannya tidak lagi sekuat dahulu tetapi Geh tetap gembira dengan kehidupannya di rumah tersebut.

Selain itu baginya maksud kehidupan yang sebenarnya adalah membuatkan orang lain gembira dan merapatkan hubungan sesama manusia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram