Amerika Dan Britain Larang Laptop, Tablet Dalam Pesawat?

0
4955

Isu pengeboman dan ancaman pengganas di negara Barat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Kebanyakan nyawa yang tak berdosa menjadi mangsa kerakusan pengganas. Ironinya, ia pasti dikaitkan dengan Muslim oleh media Barat.

BACA: Eropah Lulus Hak Larang Pekerja Berhijab

Implikasi yang didapati juga sangat tinggi terutama di negara-negara bukan Islam. Kawalan ketat dan penguatkuasaan undang-undang dipertingkatkan di kesemua lapangan terbang negara terbabit.

Terbaru, Amerika Syarikat dan Britain mengharamkan komputer riba dan tablet berada di kabin penumpang beberapa syarikat penerbangan tertentu terutama dari lapangan terbang Turki, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Sumber dari bbc.com

Hal ini kerana wujudnya dakwaan ancaman pengganas. Keputusan ini dibuat setelah pihak berkuasa Amerika Syarikat mengenalpasti ancaman yang berlaku menerusi agensi perisikan mereka.

Menurut mereka, kumpulan-kumpulan tertentu seperti al-Qaeda di semenanjung Arab mencuba bertahun-tahun untuk menyesuaikan diri dengan langkah-langkah keselamatan progresif khususnya menggunakan bahan letupan.

Mengandungi bahagian ala letupan

Menurut Sebastien Caron, Ketua Pengarah Pusat Latihan Keselamatan Lapangan Terbang (ASCT), komputer riba dan tablet adalah yang terbaharu dilarang dibawa naik ke dalam pesawat.

Hal ini kerana kedua-dua jenis alat elektronik ini mengandungi semua bahagian ala letupan (IED) kecuali detonator dan bahan letupan sebenar.

Dia menegaskan bahawa alat elektronik ini boleh menjadi bahan letupan oleh pengganas dan menjadi lebih sensitif jika diubahsuai.

Ancaman dari negara Arab dan Turki

Sumber dari AP

Menurut mereka lagi, ancaman utama selalunya datang daripada negara-negara yang disenaraikan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Tambahan pula, mereka menyatakan bahawa sesetengah negara tidak akan mempunyai tahap pemeriksaan keselamatan yang sama seperti di Amerika dan negara-negara Barat yang lain.

7 saat untuk kesan bahan letupan

Peranti elektronik yang telah diubahsuai dan mempunyai kesan letupan boleh dikesan menerusi pengesan jejak yang direka khas.

Analisis yang diperlukan hanya mengambil masa selama 7 saat sebelum memberi amaran.

Jika terdapat sebarang keraguan mengenai penumpang dan bagasi mereka, pihak keselamatan lapangan terbang boleh menggunakan pengesan jejak untuk memeriksa apa-apa bahan letupan.

Memberi kesan kepada pelancong

Sumber dari indotelko.com

Penguatkuasaan undang-undang baharu di lapangan terbang ini dilihat boleh menjejaskan kehadiran pelancong dan meningkatkan ketegangan terutama bagi mereka yang tidak mahu peranti elektronik mereka ditinggalkan.

Pasti akan berlaku kerumitan juga bagi ahli perniagaan yang bekerja dan memerlukan peranti elektronik bersama mereka sentiasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Sebab Cendawan Enoki Viral: Makan Masa Panas Tak Boleh Berhenti!