Anak Malaysia Ubah Sudan Jadi Ladang Gandum

0
1068

Sudan merupakan sebuah negara terluas di benua Afrika. Tanah yang tandus dan gersang, disulami dengan ketidakstabilan ekonomi dan politik menjadikan negara ini tidak maju.

BACA:  “Jual Arak Kalau Nak Untung”

Namun, tiada yang mustahil di dunia ini jika kita memiliki ilmu dan memanfaatkannya.

Tahukah anda seorang anak Malaysia telah berjaya merubah tanah tandus Sudan menjadi ladang gandum?

Sumber dari Masnira Ramli

Menerusi perkongsian facebook Masnira Ramli, beliau menceritakan kejayaan seorang jurutera Malaysia yang terlibat dalam pembinaan pump house, irrigation pump, canal construction dan pivots.

Projek wakaf Ar Rajhi Group

Sumber dari Masnira Ramli

Siapa sangka projek WAKAF yang bakal menyumbangkan 80% hasil keuntungannya kepada negara-negara miskin di seluruh dunia ini mempercayai Tuan Hj Zuraimi Isa sebagai Ketua Jabatan – Perkhidmatan Pengurusan Air.

Beliau ternyata sangat hebat di dalam bidang kejuruteraan mekanikal apabila kepakarannya sudah dipercayai oleh 7 buah negara sepanjang 19 tahun beliau bertugas.

Sumber dari Masnira Ramli

Namun projek ini lebih memberikan kepuasan lahiriah dan juga rohani apabila khabarnya ia merupakan projek wakaf.

Kepuasannya berbeza daripada projek mega lain yang pernah beliau laksanakan.

Hebatnya, projek ini berjaya menukar sebuah padang pasir yang tandus di negara panas Sudan menjadi sebuah ladang gandum yang sangat subur.

Semuanya dengan kepakaran teknologi kejuruteraan yang digunakan.

Sukar dapat alat ganti

Sumber dari Masnira Ramli

Menurut beliau cabaran terbesar yang terpaksa di lalui adalah dalam mendapatkan alat ganti. Kebanyakan projek wakaf ini berada di pedalaman padang pasir.

Jarak terdekat dengan bandar utama adalah 400km.

Jadi beliau banyak melakukan modifikasi untuk menyiapkan sesuatu projek hanya berdasarkan material yang terdapat di tapak projek.

Sumber dari Masnira Ramli

Semoga projek ini akan terus berkembang dan melibatkan banyak negara lain khususnya kepada negara-negara miskin di benua Afrika. Amin.

Jurutera hebat ini merupakan anak kelahiran negeri Kelantan. Beliau merupakan bekas penuntut universiti tempatan iaitu Universiti Teknologi MARA.

Syabas kami ucapkan kerana telah berjaya mengharumkan nama Malaysia ke pelusuk dunia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Ini Betul-Betul King Crab Fresh Dari Korea!