Anda Ingin Kurus? Buat Enam Perkara Ini

0
2391

Mempunyai berat badan yang ideal dan bentuk tubuh yang berukuran menarik adalah idaman setiap orang selain daripada kehidupan yang positif dan kesihatan yang optimum.

BACA: Makanan Sihat Lagi Banyak Kalori Dari Makanan Segera?

Oleh itu kebiasaannya selalu diingat tentang bersukan, pemakanan yang sihat, jumlah kalori yang betul dan beberapa perkara lain yang memberi kesan kepada berat badan.

Namun adakah anda tahu ada beberpaa perkara kecil yang dilakukan juga mampu membuatkan berat badan anda berkurangan dan membentuk tuuh badan yang menarik.

1. Sarapan dengan oat


Oat adalah satu makanan yang sihat dan mudah untuk disediakan dan mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Oat juga dapat membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama berbanding sumber karbohidrat yang lain.

2. Letak kereta jauh sedikit


Kebiasaannya apabila hendak mencari tempat letak kereta pastinya kita akan memilih tempat yang paling dekat dengan tempat hendak kita tuju. Apa kata mulai sekarang anda letak kereta jauh sedikit dan anggap jarak anda berjalan dari kereta ke tempat tersebut adalah satu senaman.

3. Minum lebih banyak air


Maksudnya disini adalah air putih ataupun air kosong. Pastikan setiap hari anda meminum air kosong lebih daripada 1.5 liter dan bergantung kepada aktiviti seharian anda. Air kosong dapat menyalurkan nutrisi ke seluruh tubuh.

4. Makan buah sebelum nasi


Jika sebelum ini anda akan memakan buah selepas makan nasi sebagai pencuci mulut tapi apa kata cuba tukar dengan memakan buah terlebih dahulu sebelum memakan nasi. Ia akan membuatkan perut anda lebih cepat rasa kenyang dan mengelakkan anda mengambil nasi yang berlebihan.

5. Buat senaman regangan


Seharian mengadap kerja di pejabat memang membuatkan anda duduk sepanjang masa di hadapan komputer. Apa kata selang dua jam anda ambil sedikit masa dengan melakukan senaman regangan ataupun berjalan-jalan sekitar pejabat untuk melegakan otot badan.

6. Elakkan gula


Setiap cawan air manis seperti kopi ataupun teh tarik sebenarnya mempunyai kadar kalori yang hampir sama dengan semangkuk kecil nasi. Cuba anda bayangkan sehari berapa gelas air manis yang diambil jadi jangan hairan mengapa berat anda tidak turun. Oleh itu banyakkan minuman tanpa gula seperti teh hijau, jus lemon dan lain-lain.

VIDEO: Nasi Lemak Senawang RM1 Je