Anda Mungkin Diminta Password Sosial Media Bila Ke US

0
500
Gambar: AFP Relaxnews

Sebagai langkah pemeriksaan latar belakang pemohon visa untuk memasuki Amerika Syarikat (AS), kedutaan AS mungkin akan menghendaki anda menyertakan kata laluan akaun media sosial.

BACA: Sah Malaysia Tak Dihalang Masuk Amerika Syarikat

Menurut Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, John Kelly, langkah itu adalah usaha kerajaan di sana untuk menyemak pelawat asing dan menapis sekiranya ada individu yang mempunyai kemungkinan untuk mengancam keselamatan.

Beliau menambah, langkah ini juga dipertimbangkan kepada pelawat asing yang berasal dari tujuh negara yang sebelum ini dilarang untuk memasuki AS iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.

“Kita sedang mengusahakan penambahbaikan atau penambahan saringan,” kata Kelly dalam pendengaran Dewan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri.

“Kita mungkin mahu membuat semakan terhadap media sosial mereka, dengan mendapatkan kata laluan,” katanya.

Tambahnya lagi adalah sukar untuk membuat semakan terhadap pelawat dari tujuh negara terbabit jadi apabila mereka ke AS, semakan terhadap laman web yang mereka kunjungi akan dibuat.

Walau bagaimanapun langkah tersebut masih lagi dalam peringkat perancangan dan tiada sebarang keputusan dibuat namun usaha untuk memperketatkan saringan sudah pasti akan dilaksanakan.

Antara langkahnya anda tempoh yang lama akan diambil bagi pengeluaran visa AS kepada pelawat asing.

VIDEO: AYAM BEREMPAH PANAS PUNYA PASAL

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram