Angkara Dengki, Ternakan Disihir Dan Dibunuh Kejam

0
1682

Sihir dan santau bukanlah asing dalam masyarakat kita. Ramai yang mendakwa perbuatan keji ini masih wujud walaupun di zaman serba moden ini.

BACA: Cacing ‘Sesat’ Dari Kucing & Anjing. Biar Betul?

Baru-baru ini seorang pengusaha ternakan kambing di Segamat telah menjadi mangsa sihir.

Perkongsian facebook oleh Ariffin Sabirin menjelaskan dia telah dianiaya oleh orang tertentu menggunakan sihir di ladang ternakannya.

Sumber dari Ariffin Sabirin

Menurutnya lagi, ladangnya sudah berkali-kali disihir hingga menyebabkan ratusan kambingnya mati dalam keadaan ngeri.

Lonjak sosio ekonomi penduduk

Sumber dari Ariffin Sabirin

Menurut Ariffin, berbekalkan pengalaman meniaga belasan tahun akhirnya dia kembali semula ke Segamat.

Niatnya untuk membantu menaikkan nama Segamat dan melonjak sosio ekonomi penduduk tempatan.

Wasilah Farm ditubuh & strategi diolah. Nama dilonjak sehingga peringkat negeri menjadi sebutan.

Dihujani sihir tanpa henti dari penduduk tempatan

Sumber dari Ariffin Sabirin

Selama 19 bulan beroperasi, Ariffin dihujani serangan sihir tanpa henti dari penduduk tempatan yang tidak senang dengan kemajuan Wasilah Farm .

Hantu raya, bomoh Indon, bomoh Siam, bomoh orang asli, bomoh Hindu semuanya dihantar siang dan malam.

Kandang bergegar setiap waktu. Dihempas jin laknatullah setiap detik.

Ratusan kambing mati dalam keadaan ngeri tengkuk dipatah, mata dikorek, mulut dikunyah. Pekerja sakit. Dia sekeluarga turut sakit.

Kata kawan yang pandai berubat cara Islam, penduduk tempatan yang beraja sihir dan mabuk syirik itu saat ini sedang ketawa berdekah mencanang galak atas kejayaan mematahkan semangatnya.

Takbur angkuh persis iblis yang hidup penuh nafsu dan tak kenal maut. Gelak mengilai tanda kepuasan matlamat tercapai, luahnya lagi.

Tahajud dan taubat jadi pengubat

Sumber dari Ariffin Sabirin

Tahajud, taubat, muhasabah menjadi ubat. Kata Ariffin, dia tidak kalah semangat sebaliknya menang menjaga akidah.

Bukan mengalah sebaliknya enggan mengikut langkah tari iblis bertopeng manusia. Allah Maha Kuasa & hanya padaNya dia berserah.

Pilih untuk mengundur diri

Sumber dari Ariffin Sabirin

Pelbagai usaha telah dibuat namun gagal mengekang jin laknatullah dan manusia bertopeng iblis.

Ariffin akhirnya memilih untuk mengundur diri untuk menyelamat akidah. Dia menarik diri keluar dari daerah tercinta ini dari terjebak sesat akidah bila kesabarannya pecah.

Baginya, rezeki mungkin bukan di sini tetapi yakin Allah Maha Adil. Gantian bakal mendatang dan dia yakin lebih hebat ganjarannya.

Segalanya ketentuan Ilahi dan diharapkan agar Ariffin Sabirin bersabar dengan dugaan yang melanda dirinya.

Kami kongsikan beberapa lagi gambar di ladang ternakannya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Tomyam Dalam Kelapa Kat Seri Keningau Serius Power