Ini Perbandingan Antara Ayam Goreng KFC & McD!

0
83780

Baru-baru ini McDonald’s telah mempromosikan kembali menu ayam gorengnya dan boleh dikatakan ia mencetuskan fenomena apabila ramai orang memenuhi restoran McDonald’s untuk membeli set hidangan tersebut.

BACA: 10 Tanda Anda Dah Tua Untuk Backpacking

Selain itu timbul juga pertanyaan di kalangan peminat dan pelanggan berkenaan ayam goreng yang mana lebih sedap dan berbaloi untuk dibeli sama ada ayam goreng KFC yang sememangnya terkenal ataupun ayam goreng McDonald’s.

Oleh itu seorang kurator di akaun twitter twt_food yang bernama Atok telah membuat perbandingan daripada sudut pandangannya berkenaan ayam goreng dari dua restoran makanan segera terkenal ini.

Harga

 

Gambar: Facebook Rizal Hakim

Daripada segi harga kedua-dua set hidangan ayam goreng ini sama sahaja iaitu RM13.90 bagi snack plate KFC yang disertakan dua ketul ayam goreng, mash potato, coleslow dan juga air minuman.

Manakala di McDonald’s pula harga baru set hidangan dua ketul ayam goreng, kentang goreng dan juga air adalah RM13.85.

Berat dan rupa

Apa yang menariknya Atok juga membuat perbandingan daripada segi berat kedua-dua ayam goreng supaya lebih adil.

Bagi ayam goreng KFC mempunyai berat 201 gram (dua ketul ayam), manakala ayam goreng McDonald’s pula mempunyai berat 276 gram.

Selain itu Atok juga membandingkan warna dan rupa dan menurutnya ayam goreng McDonald’s lebih nampak menyelerakan berbanding ayam goreng KFC kerana warna ayam goreng McDonald lebih menyerlah.

Kerangupan

Kedua-dua syarikat makanan segera ini menyediakan ayam goreng yang mempunyai disalut dengan tepung rangup supaya membangkitkan selera ketika menikmatinya.

Kulit rangup ayam goreng KFC memcatatkan max 57 db ketika mengunyahnya manakala ayam goreng McDonald pula mencatatkan max 55 db.

Rasa dan kepedasan

 

Gambar: Facebook Rizal Hakim

Kami juga setuju dengan pendapat Atok ini kerana rasa ayam goreng spicy KFC tidaklah terlalu pedas dan ia memang sedap apabila dicicah dengan sos cili ataupun sos cili thai yang disediakan.

Akan tetapi ayam goreng spicy McDonald’s boleh tahan pedasnya dan mungkin kurang sesuai untuk kanak-kanak. Kami sendiri apabila memakan ayam goreng McDonald’s memang kena ada air di sebelah.

 

Gambar: Facebook Rizal Hakim

Selain Atok juga mengatakan ayam goreng KFC lebih lengkap set hidangannya kerana mempunyai sumber protein, sayur-sayuran dan karbohidrat.

Cara packaging

 

Gambar: Facebook Rizal Hakim

Atok ini juga cuba membiarkan ayam goreng kedua-dua restoran makanan segera ini di dalam kotak untuk melihat sama ada cara packaging kotak mempengaruhi rasa ayam goreng ataupun tidak.

Ternyata selepas tiga jam, ayam goreng McDonald’s masih lagi rangup berbanding ayam goreng KFC. Ini kerana kotak packaging McDonald’s mempunyai lapan lubang pada setiap kotak (dua lubang pada setiap sisi) untuk pengaliran udara dan haba panas.

Manakala KFC pula hanya mempunyai dua lubang dan apabila makanan panas disimpan ia mula menjadikan rasa rangup itu tidak lagi rangup.

Pilihan anda sendiri

Setiap orang mempunyai citarasanya tersendiri dan oleh itu sama ada untuk tentukan rasa ayam goreng mana yang lebih sedap adalah terletak pada diri anda sendiri.

Tepuk poket, tanya duit dan tanyalah selera.

VIDEO: Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram