Apa Itu Plastik Air Yang Boleh Dimakan?

0
713

Air merupakan sumber utama dalam kehidupan seharian kita. Bagi mengekalkan keseimbangan tubuh badan dan membolehkan kita melakukan kerja seharian, meminum air yang cukup adalah sangat penting.

BACA: Minum Kopi Dicampur Halia Baik Untuk Kesihatan Badan

Kebiasaannya, air minuman disimpan di dalam botol plastik dan ini boleh mengakibatkan lambakan bahan buangan yang tidak boleh dileraikan secara biodegradasi.

Namun, sebuah syarikat di London telah menemui cara baharu untuk menikmati minuman menggunakan botol air buih yang boleh dimakan. Biar betul?

Sumber dari kannadigaworld.com

Pembungkusan berasaskan membran yang diperbuat daripada rumpai laut itu bukan saja lebih mudah lupus secara biodegradasi, tetapi juga boleh terus dimakan.

Agar-agar berbentuk sfera yang sarat dengan air menyegarkan ini dinamakan sebagai Ooho.

Ia juga adalah hasil kerja kejuruteraan yang cuba menjadikannya cukup tahan supaya peminumnya tidak tercekik.

Sumber dari behance.net

Rodrigo Garcia Gonzalez, Pengasas Skipping Rocks Lab berkata minuman ini agak kuat dan tahan lasak.

Pasukan ini berharap ia akhirnya akan membantu memerangi masalah pelupusan sisa botol plastik.

Kalau dikomersilkan nanti, alam sekitar di sekeliling kita boleh diselamatkan dan tak berlaku lagi masalah pembuangan sampah-sarap yang bertimbun di mana-mana, betul tak?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Sedapnya Ayam Telur Masin! Senang Je Nak Masak