Apa Sebab Keju Ini Mahal Sangat!

0
15316

Kebiasaannya keju yang ditemui di pasaran adalah diperbuat daripada hasil tenusu lembu dan harganya tidaklah terlalu mahal tetapi berlainan bagi keju yang berasal dari Serbia ini.

BACA: Harga Jam Diperbuat Dari Keju Cecah RM4.78 Juta

Keju Pule ini sebenarnya diperbuat daripada susu keldai dan rasanya dikatakan seakan mirip dengan keju Machego Sepanyol namun rasa lebih creamy.

Harga baru sekilogram keju ni dijual dengan harga 1,000 euro (RM4, 354) dan ia menduduki tangga pertama senarai keju termahal di dunia.

Kami kongsikan beberapa perkara yang dipetik dari Saji Online yang membuatkan harga keju Pule ini terlalu mahal berbanding keju yang lain.

1. Keju ini dihasilkan di sebuah ladang ternak keldai di Zacavica, Serbia dan 100 peratus proses pemerahan dibuat dengan mengguna tangan.

2. Bagi sekilogram keju Pule ia memerlukan 25 liter susu keldai yang mana seekor keldai hanya menghasilkan 1.2 liter susu setiap hari. Cuba anda bayangkan berapa lama susu keldai dikumpulkan untuk menghasilkan sekilogram keju ini.

3. Ladang di Zacavica adalah satu-satunya ladang keldai yang diperah susunya untuk dijadikan keju.

4. Khasiat keju ini mempunyai 60 kali lebih vitamin C darpada susu lembu dan hanya satu peratus lemak.

5. Pada zaman Mesir purba, setiap hari Cleopatra akan mandi dengan menggunakan susu keldai bagi menjaga keremajaan kulitnya.

6. Buat masa ini stok keju Pule ini adalah terhad kerana bintang tenis dunia, Novak Djokovic telah memborong keju ini untuk restoran baharunya.

7. Satu ujikaji turut dijalankan untuk susu keldai ini digunakan bagi tujuan kosmetik dan keju Pule memegang rekod keju termahal di dunia sejak tahun 2012 sehingga kini.

Senarai keju termahal di dunia

1.Pule – 1,000 euro (RM4,354) sekilogram
2.White Stilton Gold – 700 euro (RM3,048) sekilogram
3.Swedish moose cheese – 600 euro (RM2,612) sekilogram
4.Bitto storico – 245 euro (RM1,066) sekilogram
5.Caciocavallo Podolico – 70 euro (RM304) sekilogram

VIDEO: Murtabak Samyang Cheese Pulak, Nampak Macam Pedas | Random Rabu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram