Ayam Tandoori Dimakan Kucing, Restoran Mohon Maaf

0
603

Orang ramai telah mengecam sebuah restoran di Ipoh apabila rakaman video yang tersebar luas menunjukkan seekor kucing memakan sisa ayam tandoori di atas alas papan pemotong.

BACA: Di Jepun, Kucing Akan Temani Anda Ketika Makan

Video yang berdurasi satu minit 48 saat itu dipercayai dirakam oleh pelanggan lain dan mendakwa kiosk itu ditinggalkan tanpa pengawasan kakitangan.

Pemilik restoran tersebut, Jasni Shamsudin telah memohon maaf atas kejadian yang berlaku malam Khamis lalu apabila video tersebut menunjukkan seekor kucing memanjat dan memakan sisa ayam yang ada di atas alas pemotong.

Kejadian itu turut mendapat perhatian daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) apabila sepasukan pegawai melakukan pemeriksaan di restoran itu.

“Ketika kejadian, seorang daripada pekerja ke dapur untuk mengambil bahan membuat roti naan. Ketika kiosk ditinggalkan tanpa pengawasan antara dua hingga tiga minit, seekor kucing melompat ke atas dan memakan sisa ayam tandoori di situ,” ujar Jasni ketika dihubungi oleh BH.

Sekadar gambar hiasan

Pekerja yang bertanggungjawab ke atas kiosk itu telah digantung tugas untuk sementara dan peralatan membuat tandoori dan roti naan dibuang untuk menjaga aspek kebersihan.

Dalam masa yang sama, jurucakap MBI yang dihubungi mmberitahu pemilik restoran tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM250 atas sebab tidak mementingkan aspek kebersihan dan arahan untuk memberhentikan penjualan ayam tandoori berkuat kuasa serta merta.

Daripada tinjauan yang dilakukan para pelanggan masih mengunjungi restoran tersebut akan tetapi kiosk yang menempatkan ayam tandoori dan roti naan tidak lagi berada di hadapan restoran tersebut.

Kami sertakan juga video yang menunjukkan kucing tersebut sedang memakan sisa ayam di restoran itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram