Bakar Ayam Dalam Pasir Cara Baru Yang Melazatkan

0
2713

Apabila sebut tentang ayam bakar pastinya yang terbayang di fikiran adalah ayam yang dibakar menggunakan oven ataupun mengunakan arang kerana itulah cara yang paling biasa sekali dilakukan ramai orang.

BACA: Resepi Sihat Burger Ayam Panggang & Telur Masin

Namun begitu adalah satu lagi cara yang boleh anda cuba untuk membakar ayam iaitu dengan membakarnya di dalam pasir.

Mesti anda musykil dan membayangkan bagaimana hendak membakar ayam di dalam pasir kerana secara logik pasti pasir itu akan mengotorkan isi ayam.

Oleh itu kami kongsikan resepi dan cara yang boleh anda cuba untuk membakar ayam di dalam pasir ini.

Resepi Perapan Ayam

1 ekor ayam
3 biji buah keras
4 batang serai
1 ibu jari halia
1 ibu jari kunyit hidup
Sedikit belacan
Cili kisar
Garam

Cara membakar ayam di dalam pasir

1. Pertamanya korek lubang di kawasan pasir yang sesuai untuk seekor ayam.

2. Ayam yang siap diperap perlu dibalut dengan aluminium foil dengan kemas untuk elakkan pasir terkena ayam.

3. Masukkan ayam di dalam lubang tersebut dan letak bara di sekeliling ayam.

4. Kambus pasir namun jangan terlalu tinggi dan letakkan bara yang selebihnya di atas pasir.

5. Letakkan kayu dan arang di atas pasir yang ditimbus. Bakar lebih kurang 1 jam.

6. Ayam bakar anda sudah siap untuk dihidangkan.

Jadi, bagi anda yang ingin mencuba, diharapkan cara ini dapat memberikan rasa yang lebih berbeza dari kebiasaan. Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Hmm…. Sedap Ke Tak Ana Ikan Bakar Petai? 🤔 🤔