Bakeri Ada Tikus Mohon Maaf, Tutup Kedai

0
1267
Gambar: Melon Roux

Ekoran daripada gambar seekor tikus yang terbaring di atas susunan roti yang telah viral di laman media sosial, pihak bakeri Komugi telah membuat kenyataan maaf kepada para pelanggannya.

BACA: Tikus Dijumpai Di Kedai Roti Mid Valley?

Menyifatkan kejadian tersebut adalah memalukan, semalam pihak pengurusan Komugi telah memuatnaik kenyataan maaf di laman sosial media Facebook mereka dan memberi penjelasan berkenaan isu ini.

Pada masa sekarang, Komugi sedang menyiasat punca dan sebab kejadian yang tidak diingini ini berlaku dan menyatakan mereka akan mengambil perhatian yang serius tentang kejadian ini.

Gambar: Facebook Komugi
Gambar: Facebook Komugi

Menurut kenyataan itu juga, Komugi sentiasa meletakkan isu keselamatan dan mutu makanan yang dijual sebagai keutamaan dalam operasi mereka dan oleh kerana itu sepanjang proses siasatan, kedai bakerinya yang terletak di Mid Valley Mall akan ditutup buat sementara waktu.

Para pelanggan yang ingin menghubungi bakeri tersebut boleh hubungi mereka melalui [email protected]

Pada Ahad yang lepas, seorang pelanggan Komugi yang dikenali sebagai Melon Roux telah memuatnaik dua keping gambar di laman Facebooknya yang menunjukkan terdapat tikus yang sedang terbaring di atas susunan roti. Dia dan rakannya yang merasa terkejut dengan kejadian tersebut segera memaklumkan pada staf Komugi yang bertugas pada waktu tersebut.