Baling Limau Dalam Tasik, Dapat Kekasih

0
172
Gambar: Bernama

Bersempena dengan perayaan Chap Goh Meh yang berlangsung pada malam kelmarin, masyarakat Cina mempunyai satu tradisi unik iaitu membaling limau ke dalam tasik dan memasang hajat.

BACA: 15 Gambar Comel Bayi Kali Pertama Makan Limau

Oleh itu seorang gadis yang berasal daripada China, Angel Jin, 29, turut mengambil kesempatan membaling limau ke dalam tasik dengan berhajat untuk bertemu jodoh dengan lelaki tempatan.

Acara membaling limau ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan diadakan di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya.

Angel Jin yang juga merupakan pembantu penyelidik itu telah menetap selama empat bulan di Malaysia dan ketika acara membaling limau dia telah membaling 20 biji limau ke dalam tasik.

Ketika acara tersebut, Jin telah membaling seberapa banyak limau yang boleh ke dalam tasik tersebut dengan bantuan ibu dan bapa angkatnya.

“Dengan bantuan ayah dan ibu angkat saya, saya melontar sehingga 20 biji kesemuanya dan saya menerima beberapa mesej daripada jejaka yang berjaya mengaut limau saya dari tasik selepas sejam kemudian.

“Saya akan berhubung dengan jejaka yang mendapat limau mandarin saya apabila saya kembali ke kampung halaman saya kelak,” kata Jin ketika ditemui Bernama.

Gambar: Bernama

Acara tersebut bukan sahaja menarik perhatian masyarakat Cina apabila seorang gadis dari Jepun iaitu Kiko Yamamoto, 23, tidak melepaskan peluang membaling limau ke dalam tasik juga.

Dia yang juga merupakan pelajar perubatan dariapda Hiroshima itu berniat untuk menambah kenalan baharu di Malaysia dan mempelajari budaya masyarakat di sini.

Bahkan seorang gadis Melayu, Nur Farahin Yusoff, 22, turut berkongsi keseronokan bersama rakan-rakan Cinanya ketika acara tersebut walaupun tidak menyertainya.

VIDEO: APA RASA NASI PAKU & KENAPA NAMA DIA PAKU?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram