Bangunan Naik Semak, Tapi Makanan Memang….

0
7868

Sekali pandang pasti ramai yang menganggap bangunan usang yang berada Jalan Sultan Yusuf, Ipoh, Perak, Ipoh ini adalah bangunan tinggal kerana hadapannya dipenuhi pokok yang semak menjalar dan cat bangunan yang lusuh.

BACA: Perak Disenarai 10 Wilayah Terkemuka Dunia

bangunan-naik-semak-tapi-makanan-memang-vitdaily-02

Namun usah tertipu dengan luarannya kerana disebalik bangunan ini terdapat sebuah kafe yang unik iaitu Nellis Delli. Kafe ini bukan sahaja bergayakan hipster bahkan ia juga menyajikan pelbagai jenis makanan daripada tradisional sehinggalah makanan barat.

bangunan-naik-semak-tapi-makanan-memang-vitdaily-03

Mula beroperasi jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang, Nellis Deli turut menyediakan hidangan untuk sarapan dan semestinya roti bakar dan kopi putih Ipoh turut disediakan di sini.

bangunan-naik-semak-tapi-makanan-memang-vitdaily-04

Selain menyediakan hidangan ala carte seperti set nasi, chicken chop mahupun fish and chips, kafe ini turut mengambil menjual hidangan pastri dan kek bahkan mereka turut mengambil tempahan kek dengan design yang menarik dan moden.

bangunan-naik-semak-tapi-makanan-memang-vitdaily-05

Dekorasi ruang yang bercirikan klasik turut menjadi tarikan kepada pengunjung Nellis Deli ini, bahkan ada yang memberikan komen apabila mereka berada di kafe tersebut seolah-olah mengimbas kenangan sewaktu kecil kerana barangan yang digunakan dalam dekorasi kafe ini biasa mereka lihat sewaktu dahulu.

bangunan-naik-semak-tapi-makanan-memang-vitdaily-06

Sekiranya anda berkunjung ke Ipoh, jadikan kafe ini sebagai tempat wajib untuk dikunjungi untuk menjamu selera kerana harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram