Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang menarik malah ia menjadi tarikan pelancong untuk melancong ke sini sambil mencuba makanan tempatan.

Kini, sebuah syarikat bernama Naiise berasal dari Singapura mendapat idea bernas dengan mengeluarkan bantal, keychain dan brooch berbentuk kuih tradisional seperti karipap, bahulu dan sebagainya.

BACA: 4 Sebab Kenapa Uncle Tetsu Diserbu Orang Ramai

Sumber dari naiise.com.my

Singapura dan Malaysia mempunyai persamaan iaitu dari segi makanan. Tidak hairan la jika anda ke negara seberang itu mudah untuk mencari makanan yang sesuai dengan selera anda.

Sumber dari naiise.com.my

Kini, Naiise melebarkan sayap ke Malaysia dengan menyediakan pelbagai jenama tempatan untuk barangan online yang dijual di laman web mereka termasuklah bantal dan aksesori berbentuk makanan.

Sumber dari naiise.com.my

Bagi peminat makanan, anda pasti teruja apabila melihat bermacam-macam jenis bantal berbentuk kuih yang comel dan sangat selesa dipeluk. Anda boleh mendekorasi rumah menggunakan bantal berbentuk makanan ini kerana saiznya agak besar dan nampak menyelerakan lebih-lebih lagi ketika bulan puasa.

Selain karipap, mereka juga ada menjual bantal berbentuk kuih tart nenas, bahulu, kek pandan, apam nasi, bebola ikan dan banyak lagi yang boleh buat anda jatuh cinta apabila melihatnya. Harga untuk bantal kuih-muih tersebut dari RM32 sehingga RM120. Harga juga mengikut saiz barang yang anda beli.

Sumber dari naiise.com.my

Malah, ada juga snek makanan ketika zaman sekolah dulu dibuat sebagai brooch seperti gula-gula kacang White Rabbit Candy. Selain itu, Naiise juga mengeluarkan aksesori lain berbentuk makanan seperti subang, rantai, beg mini duit syiling, magnet dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Best ke makan di Shell Out ni?