Banyak Sangat Tikus, Line Clear Di Arah Tutup

0
41919

Line Clear, outlet nasi kandar terkenal di Georgetown, Pulau Pinang, telah diarah tutup selama dua minggu selepas najis tikus ditemui di dapur semasa pemeriksaan dijalankan.

BACA: Amal Hidup Sihat, Tun M Pakai Saiz Sama 40 Tahun

Sumber dari thestar.com.my

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan perintah itu selepas pegawainya menjalankan pemeriksaan bersama Majlis Perbandaran Pulau Pinang di tiga kedai-kedai makan di Jalan Penang pada hari Isnin.

Selain daripada Line Clear, restoran Yasmeen yang terletak bersebelahan Line Clear, juga telah diarah tutup buat sementara waktu. Tiada tindakan diambil ke atas kedai makan ketiga.

Ong Ah Teong, pengerusi alternatif majlis kesihatan awam berkata restoran terbabit telah diarah tutup selama dua minggu bermula Isnin jam 8 pagi.

“Kami telah beri mereka (Line Clear) masa yang lama selepas mereka membuat permohonan,” kata Ong.

Beliau berkata, beberapa ekor tikus yang telah mati ditemui di salah satu restoran. Najis tikus, lipas dan tandas kotor turut ditemui di kedua-dua cawangan.

Perintah penutupan yang dikeluarkan ini adalah yang pertama sepanjang 70 tahun restoran Line Clear beroperasi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Selamba Dia Letak NUTELLA Banyak Banyak