Belajar Kulinari Luar Negara, Balik Jual Biskut Ganja

0
25921
Gambar: Harian Metro

Mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang kulinari ketika belajar di luar negara telah disalah gunakan oleh seorang lelaki apabila terlibat dalam pembuatan dan penjualan biskut coklat yang mempunyai perisa ganja.

BACA: Dadah & Keluarga Punca Rakyat Kelantan Sakit Mental

Lelaki berusia 26 tahun yang juga merupakan seorang wartawan dan rakan-rakannya telah ditahan oleh pihak polis dalam satu serbuan pada malam Selasa yang lalu.

Beberapa minggu yang lalu, pihak polis dapat mengesan pergerakan aktif menjual ganja kumpulan lelaki tersebut dengan taktik menghasilkan biskut ganja yang juga dikenali sebagai biskut gembira.

Suspek dikatakan telah memberi inovasi dalam pembuatan biskut dengan meletakkan ganja bagi mereka yang ingin menghilangkan rasa ketagihan dan menjualnya melalui pasaran online dengan harga RM150 untuk 150gram biskut ganja.

Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata kepada Harian Metro, pihak polis menyerbu rumah sewa suspek dan menjumpai empat ketulan yang disyaki daun ganja kering seberat 733 gram dan juga tiga balang biskut disyaki mengandungi ganja.

Susulan daripada itu suspek telah membawa pihak polis ke sebuah lagi rumah kira-kira 500 meter dari lokasi pertama.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui balang berisi biskut coklat disyaki mengandungi ganja. Polis menghantar sampel biskut ini untuk ujian kimia bagi mengesahkan isi kandungannyam,” maklum Hamzah Alias ketika sidang media semalam.

Selain itu ujian air kencing yang dijalankan turut menunjukkan kesemua mereka positif ganja dan rampasan berjumlah RM7,470.

VIDEO: Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram