Belajar Quran Atas Jet Mewah Kini RM33,000 Sejam

0
2144
Gambar: The Malay Mail Online

Menyasarkan kepada pelanggan yang berlatar belakang kenamaan dan mempunyai wang untuk membayar yuran yang ditetapkan satu pakej mengaji al-Quran di atas jet mewah telah ditawarkan.

BACA: “Rupa Rupanya Upah Doa Ni Betul Berlaku”

Pakej mengaji al-Quran bersama pemenang qariah tilawah al-Quran iaitu, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman itu mengenakan bayaran sebanyak RM33,400 (US$7,500) bagi sejam perjalanan di atas jet peribadi.

Menurut laporan oleh Projek MMO, 100 peserta daripada pelbagai latar belakang baik dalam negara dan luar negara memberi respon berminat dengan perkhidmatan yang ditawarkan itu.

Pengarah syarikat Elite jets menafikan perkhidmatan seperti itu seolah-olah hendak menjual agama dan merasakan harga tersebut adalah sepadan dengan perkhidmatan yang diberikan.

“Daripada kami berikan perkhidmatan yang bukan-bukan, kenapa tidak kami bawa pendekatan secara Islamik? Mana yang anda hendak?

“Orang kaya-kaya hendak akhirat juga, tidaklah biar dunia semata-mata, bukan?” ujar Nik Eleena Zurenee Nik Mustapha apabila ditanya berkenaan hal tersebut.

Gambar: The Malay Mail Online

Nik Elena turut menambah, perkhidmatan tersebut memang menyasarkan golongan kenamaan dan VVVIP dari Malaysia, Arab Saudi dan Brunei yang datang ke negara ini menggunakan jet peribadi.

“Tidak semestinya ke Dubai. Kalau hendak ke Indonesia dalam dua jam boleh juga. Kalau ke Dubai, tujuh jam pergi dan tujuh jam balik, dalam 14 jam [semuanya], jadi darablah dengan US$7,500,” tambahnya lagi.

Menurut pengurus kepada Sharifah Khasif, Haryati Mohd Tahar, kelas pertama untuk pakej tersebut akan bermula Mei ini.

Menjelaskan tentang aktiviti yang terdapat dalam pakej tersebut, Haryati memberitahu jam pertama di dalam jet tersebut akan dimulakan dengan sesi perkenalan. Setelah itu akan diteruskan dengan kelas al Quran, makan dan sebagainya.

Haryati turut menegaskan kelas mengaji yang dikendalikan Sharifah Khasif bukan hanya untuk kenamaan sahaja kerana kelas-kelas untuk orang awam juga turut diadakan seperti yang di Masjid Ampang yang telah berjalan selama dua tahun.

VIDEO: Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram