Perkara yang paling ditakuti apabila sedang makan ialah jika anda memakan makanan dipenuhi ulat yang masih hidup. Selera turut hilang jika kita mengalami situasi sebegini. Baru-baru ini kes ayam goreng berulat berlaku di Kuantan, Pahang.

BACA: Jom Buat Kuih Raya Ulat Bulu Viral

Dalam video berdurasi selama empat saat itu, kelihatan jelas ulat yang masih hidup di dalam seketul ayam goreng yang dibeli oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Chen.

Pada mulanya, Chen pergi ke sebuah kedai mamak yang baru dibuka di Kuantan pada pukul 7 petang untuk membeli tiga bungkus nasi briyani, kari kambing serta beberapa ketul ayam goreng untuk ibu bapanya di rumah.

Dia mengambil keputusan untuk membeli makanan di kedai mamak itu kerana mendengar maklum balas yang positif daripada orang ramai mengenai kedai itu.

Sumber dari chinapress.com

Walau bagaimanapun, Chen amat terkejut selepas membuka bungkusan makanan yang mengandungi ayam goreng tersebut kerana dia mendapati terdapat beberapa ekor ulat masih hidup di dalam ayam goreng dibelinya.

Selepas itu, dia bersama ayahnya membawa bungkusan makanan itu ke kedai mamak tadi untuk membuat aduan. Tambahnya, pekerja di kedai itu hanya mampu meminta maaf dan memulangkan kembali duitnya.

Berikutan itu, Chen tekad untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa dan kemudian memaklumkan kepadanya bahawa pihak mereka akan menyiasat perkara ini.

Aspek kebersihan tidak harus dipandang remeh kerana kesihatan pelanggan boleh terjejas akibat memakan makanan yang kotor. Oleh itu, diharap semua pemilik kedai makan akan lebih mementingkan kebersihan agar kes-kes sebegini tidak terjadi lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

4 Nasi Kandar Di Pulau Pinang Yang Sempat Kami Terjah