Benarkah Cara Masak Nasi Ini Tak Menggemukkan?

0
2907

Ramai yang bersetuju bahawa mengambil nasi berlebihan boleh menyebabkan berat badan meningkat dan terjadinya kegemukan kerana karbohidrat yang berlebihan akan bertukar menjadi gula dan seterusnya lemak.

BACA: Kisah Kucing Setia Buat Orang Ramai Sebak

Kebiasaannya semangkuk nasi mempunyai kalori sebanyak 206Kcal dan sehari mesti anda akan mengambil lebih daripada semangkuk nasi kerana ia merupakan makanan ruji rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun cara memasak nasi turut mempengaruhi jumlah kalori bagi nasi yang dimasak seperti kajian yang dijalankan oleh The College of Chemical Sciences of Sri Lanka.

Kajian ini telah dilaporkan oleh Times Of India dan mungkin menjadi khabar gembira bagi mereka yang ingin berdiet.

Pertamanya, anda boleh tambah satu teh minyak kepala ke dlm air yang sedang mendidih. Kemudiannya barulah masukkan beras dan tunggu sehingga masak.

Cara keduanya anda perlu sejukkan nasi yang sudah dimasak ke dalam peti ais selama 12 jam.

Dikatakan dengan cara seperti ini boleh meningkatkan kandungan serat dalam nasi sebanyak 10 kali ganda berbanding nasi yang dimasak seperti biasa.

Kedua-dua cara ini boleh mengurangkan kadar kalori nasi sehingga 60 peratus namun ia tidak bermaksud anda boleh memakan nasi sesuka hati.

Anda masih perlu menjaga kadar pengambilan nasi supaya kesihatan badan anda terjaga.

VIDEO: Layan Luke’s Lobster Di Shibuya

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram