Benarkah Dinosaur Pernah Ada Di Kelantan?

0
1380
Sekadar gambar hiasan

Sekiranya mengikut sejarah, ada beberapa tempat di Malaysia pada zaman purba menjadi kawasan kediaman bagi masyarakat purba sejak ratusan juta tahun dahulu.

BACA: Enam Tahun Kumpul Duit Beli Kerbau Pink

Baru-baru ini sekumpulan pasukan penyelidik Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendakwa Taman Negara Kuala Koh pernah didiami dinosour pada zaman purba.

Dakwaan ini dikuatkan apabila Ketua Jabatan Geobumi, FSB, Arham Muchtar Achmad Bahar, menerusi kajiannya yang menjumpai struktur batu yang sama seperti Sungai Cicir, Gunung Gagau dan Tasik Kenyir di Terengganu.

Fosil dinosaur pernah ditemui pada struktur batu yang sama dan ia menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Pasukan Arham akan meneruskan lagi kajian di kawasan Taman Negara dan hutan sekitar Gua Musang bagi menguatkan dakwaan tersebut. Spesis Dinosaur yang pernah mendiami kawasan tersebut kemungkinan daripada spesis Theropod dan Sauropod.

Gambar: BH Online

“Selain itu, kawasan ini juga terletak hanya 60 kilometer (km) dari Sungai Cicir, Kuala Berang, Terengganu yang pernah menjadi tempat sekumpulan pengkaji menemui fosil seperti gigi dan tapak kaki dinosaur jenis itu,” katanya ketika ditemui BH.

Buat masa ini tiada sebarang fosil lagi ditemui namun Arham tidak menolak sebarang kemungkinan kewujudan dinasour satu ketika dahulu di kawasan tersebut.

Beliau turut berharap akan ada pihak lain yang turut berminat untuk meneruskan penyelidikan kerana sekiranya fossil dinasour dijumpai, satu sejarah terbaru akan terlakar.

Pada tiga tahun lalu, satu penyelidikan yang oleh Jabatan Mineral dan Galian (JMG) Terengganu serta Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM) berjaya menjumpai dua gigi, empat tulang dan beberapa kesan tapak kaki dinosaur di beberapa tempat di hulu terengganu.

VIDEO: Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar

,center>

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram