Benarkah Lelaki Terengganu Malas?

0
19365
Sekadar gambar hiasan. Gambar; Didiz Rushdi

Sekiranya anda pernah membaca karya Abdullah Munshi, Kisah Pelayaran Abdullah pasti ada terjumpa satu gambaran yang mengatakan lelaki Terengganu pemalas.

BACA: Terengganu: Tak Solat Jumaat, Penjara 2 Tahun

Menerusi karya tersebut, Abdullah Munsyi mengatakan beliau melihat orang-orang di Terengganu pada tahun 1838 adalah miskin dan mempunyai kelakuan yang malas sepanjang hari.

“Maka perempuan-perempuan mereka itu bekerja dan berkedai dan menjaja dan membuat segala pekerjaan akan mencari kehidupan; tetapi laki-lakinya semuanya malas, dengan makan tidur dan membaiki senjata, itulah kerjanya orang yang dalam negeri itu.” tulisnya di dalam karya tesebut.

Sekadar gambar hiasan Gambar: Have Halal, Will Travel

Tertarik dengan persoalan itu, pengarah filem Amir muhammad yang juga merupakan penerbit buku Fixi mencari jawapan dengan menerbitkan dokumentari terbaru bertajuk Pelayaran Ke Terengganu.

Dokumentari yang diterbitkan dengan kerjasama pengarah filem anak jati Terengganu, Badrul Hisham Ismail juga memberikan perspektif yang berbeza.

Ujar Amir di dalam karya tersebut ada mengatakan lelaki Terengganu pemalas dan tidak suka bekerja namun ketika dia menjejakkan kaki di pasar di Terengganu ia dipenuhi golongan lelaki bekerja.

Bagi Amir beliau masih menganggap catatan Abdullah Munshi itu masih lagi releven walaupun keadaanya berbeza pada zaman sekarang.

Gambar; The Malay Mail Online

“Ada yang berbeza, ada yang sama; kebanyakannya ada perbezaan tetapi ada yang sama, jadi terpulang kepada penonton untuk rasa sama ada berubah atau tidak,” kata Amir, 45, kepada ProjekMMO.

Selain itu Amir mempunyai harapan dokumentari yang diterbitkannya ini mampu mencetuskan rasa minat kepada penonton untuk mengetahui tentang sastera dan budaya sekeliling.

VIDEO: Apa Yang Kami Makan Di Kuala Terengganu?