Berhenti Berniaga Bila Sudah Azan

0
179
Gambar: Masjid.melaka.gov.my

Bagi menghormati azan yang dilaungkan dan memberi peluang untuk menunaikan solat secara berjemaah, satu syarat untuk menghentikan sementara perniagaan apabila azan berkumandang telah dilaksanakan oleh pentadbir Masjid Al-Alami, Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

BACA: Kos Berbuka Puasa Di Masjid Nabawi Cecah RM1 Juta Sehari

Syarat tersebut telah berkuatkuasa sejak 7 Januari ini dan melibatkan 17 peniaga di pekarangan masjid berkenaan.

Para peniaga di masjid itu turut diberikan lesen dan dalam masa yang sama mereka diwajibkan untuk menunaikan solat terutamanya solat Jumaat seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Gambar: Facebook Masjid Al-Alami

Menurut Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Al-Alami, Mohd Arif Yusa memberitahu syarat tersebut dilaksanakan bagi mendisplinkan para peniaga serta mengalakkan mereka menunaikan solat.

Bagi aspek kebersihan premis perniagaan mereka pula, syarat dan peraturan daripada Pelesenan Masjid Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan digunakan.

Buat masa ini pelbagai aktiviti turut dijalankan di Masjid Al-Alami seperti kelas Al-Quran, kelas fardhu ain dan kebanyakan perniagaan yang dijalankan di perkarangan masjid berkenaan adalah berasaskan makanan seperti cendol dan sebagainya.