Bertudung Walau Panas Terik, Lelaki Jepun Kagum

0
1309
Sekadar gambar hiasan. Gambar: Flickr Hive Mind

Berada di Malaysia hampir enam bulan membuatkan seorang pelajar lelaki daripada Jepun dalam diam mengagumi personaliti yang ditunjukkan oleh gadis Melayu yang memakai tudung dalam cuaca yang panas.

BACA: Cara Senang Masak Telur Gulung Korea

Masayo Ono, 21, mengakui bahawa dirinya tertarik dengan sikap yang ditunjukkan oleh gadis Melayu Islam kerana keramahan dan dan keayuan mereka.

“Saya suka tengok mereka. Mata bulat, sangat peramah. Saya sudah biasa tengok gadis mata sepet [di Jepun]. Di sini fesyen tudung juga pelbagai.

“Tetapi apa yang lebih saya kagum apabila melihat mereka mampu bertudung dalam cuaca sebegini. Tidak panaskah?” ujar Masaya ketika ditemui ProjekMMO.

Dia yang merupakan peserta pertukaran pelajar antara Universiti Bunkyo Gakuin dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mengakui bahawa dirinya selesa berada di Malaysia dan bercita-cita untuk kembali ke sini setelah tamat pengajian pada tahun hadapan.

Selain jatuh hati kepada gadis tempatan, anak kelahiran Kanagawa itu juga menyukai makanan tempatan dan menganggap Malaysia adalah syurga makanan terutamanya makanan berempah yang jarang didapati di negaranya.

Masaya Ono, peserta pertukaran pelajar Jepun-Malaysia. Gambar: Projek MMO

Pelajar ijazah kajian budaya dan antarabangsa itu juga bercita-cita untuk berhijrah ke negara asing dan mempelajari budaya yang memberikan pengalaman berharga untuk dirinya.

Sepanjang berada di Malaysia, Masaya sempat mengikuti beberapa program lawatan ke Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur dan dia merasakan seronok berada dalam suasana kampung di ketika di Grik Perak.

“Orang kampung di Grik sangat teruja melayan saya tetapi saya kurang faham bahasa mereka kerana loghat yang pekat dan ketika di sana saya dapat rasa suasana kampung. Saya tidak kisah digigit nyamuk tetapi terkejut juga apabila tandas berada di luar rumah,” katanya lagi.

VIDEO: Cara Paling Senang Buat Onion Ring Celup Tepung!!!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram