Betulkah Kini Boleh Masak Nasi Dalam Kereta Audi?

0
9635

Umum mengetahui Audi adalah antara pengeluar kereta mewah di dunia yang mempunyai peminatnya bahkan jika ditanya pasti ramai juga menjadikan kereta keluaran Audi sebagai kereta impian mereka.

BACA: Jepun Sambut Hari Ninja Kebangsaan

Baru-baru ini telah viral di media sosial gambar sebuah model terbaru Audi yang nampak mewah dan mengejutkan ia mempunyai fungsi untuk memasak nasi di dalam kereta.

“Kini dengan teknologi inovatif dari Audi setiap pemilik kenderaan boleh memilih untuk memasak nasi kesukaan mereka sendiri,” ujar syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

Dikatakan variasi model A8 terbaru ini diperkenalkan dengan siri Audi A8 5.5 yang melengkapkan A8 3.0 dan A8 4.0.

Siri 5.5 ini diilhamkan daripada nombor di dalam bahasa Jepun iaitu 5 (go) 0.5 (han) dan apabila disebut laju berbunyi sebagai gohan yang membawa maksud nasi di dalam bahasa Jepun.

Bila dilihat daripada gambar menunjukkan ruang dalaman kereta tersebut nampak ciri-ciri moden yang kena dengan gaya hidup sekarang.

Pastinya kereta seperti ini mendapat sambutan hangat kerana jika tersekat dalam kesesakan jalan raya anda bolehlah siapkan makan malam dan boleh hidangkan apabila sampai di rumah.

Namun begitu, menurut sumber mengatakan gambar-gambar disebarkan ini hanyalah satu gurauan oleh syarikat Audi Jepun sempena hari April Fool akan datang.

Pada kami kalau ciri-ciri seperti ini ada dalam sesebuah kereta bagus juga, bolehlah roadtrip selalu tanpa risau nak makan di mana.

VIDEO: Vitdaily Vlog #1 | Mim’s Tomyam

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram