Biar Betul Chicken Chop Semurah RM3.90?

0
4092
Gambar: Sinar Harian

Apabila sebut sahaja western food seperti chicken chop pastinya akan terbayang harganya yang tinggi sedikit berbanding makanan tempatan kerana kebiasaannya bahan mentah yang digunakan juga berbeza dengan barangan untuk penyediaan makanan tempatan.

BACA: Gila! Harga Kerepek Kentang RM47 Di Jepun

Namun begitu sepasang suami isteri dari Kuala Kedah telah memperkenalkan set chicken chop yang sangat murah untuk dinikmati oleh orang ramai iaitu hanya berharga RM3.90.

Harga yang ditawarkan oleh Husniyah Husin, 31, dia dan suaminya, Ahmad Shukran Zakaria, 44, ini sangat berbeza dengan harga set chicken chop yang biasa disajikan di restoran lain iaitu RM10.

Gambar: Facebook JJCM Kedah

“Kami simpati juga dengan ibu bapa yang berpendatan rendah dan ada ramai anak tetapi tak dapat menikmati chicken chop itu. Dengan tawaran harga mampu beli daripada kami, kini semua lapisan masyarakat boleh menikmatinya.

“Ia juga usaha kami buat jualan amal kepada masyarakat berpendapatan rendah,” ujar Husniyah ketika ditemui Sinar Harian di cawangan Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah.

Pada mulanya dia berasa ragu-ragu berkenaan sambutan orang ramai tentang menu yang diperkenalkannya ini namun sangkaannya meleset apabila orang ramai memberikan respon yang positif ketika hari pertama menu ini diperkenalkan.

Gambar: Facebook JJCM Kedah

Selain itu chicken chop yang disediakan juga setanding dengan chicken chop yang biasa daripada segi saiz dan rasa walaupun menggunakan isi bahagian dada dan disalut dengan rempah ratus bagi mengekalkan rasa chicken chop tersebut.

Setelah dua tahun mengusahakan chicken chop ini, sambutan yang diberikan masih lagi baik sehingga mereka mampu mempunyai satu lagi cawangan di Batu 6, Jalan Alor Setar, Sungai Petani.

Bagi memberikan pilihan yang lebih kepada pelanggan, Husniyah dan suaminya turut memperkenalkan menu terbaru iaitu chicken chop wrap dengan harga RM5.50 sahaja.

VIDEO: “Saya Tak Boleh Lupa Subway Chicken Tandoori!”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram