Blogger Buktikan Pada Trump Negara Islam Peramah

0
337

Islamphobia adalah satu keadaan yang menjadi ketakutan kepada orang Barat terutamanya dari Amerika Syarikat dan Eropah ekoran beberapa kejadian keganasan yang dikaitkan dengan orang Islam.

BACA: Refill Percuma Di Starbucks Berdekatan Anda?

Secara tidak langsung keadaan ini memberi kesan kepada negara-negara yang majoritinya beragama Islam seperti Malaysia contohnya sehinggakan syarat kemasukan imigresen Amerika Syarikat diketatkan apabila mengetahui seseorang itu beragama Islam.

Keadaan ini membuatkan ramai pelancong berasa teragak-agak untuk melawat negara-negara majoritinya beragama Islam.

Namun begitu, seorang travel blogger yang berasal dari Amerika Syarikat, Derek Freal telah mengunjungi Malaysia dan dia merasakan betapa peramahnya dan baik orang Islam dan rakyat Malaysia melayan dan menerimanya.

Derek yang juga penulis blog The HoliDaze telah berkongsi tweetnya dengan memuat naik sekeping gambar selfie bersama beberapa rakyat tempat dengan dengan tajuk “Hey Trump, I’m in a Muslim country right now and guess what? People here are friendlier than in the USA. #visitMalaysia #ttot”.

Tweetnya itu telah viral dan menerima perhatian ramai rakyat Malaysia yang mengucapkan penghargaan kepada Derek kerana membuktikan rakyat Malaysia peramah orangnya.

Selain itu rakyat Malaysia turut memberi saranan kepadanya apa yang patut dibuat ketika di Malaysia bahkan ada yang mempelawakan diri untuk membawa Derek bersiar-siar di Malaysia.

Sepanjang lawatannya di Malaysia, Derek sempat melawat beberapa perkara menarik seperti hotel kontena, jus gelas besar dan beberapa perkara menarik yang lain.

Benarlah apa yang dikatakan orang dulu-dulu, jauh perjalanan luas pemandangan dan pengalaman.

VIDEO: Syahdu Betul Hirup Dubu Jjigae Dekat Sini

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram