Budak 5 Tahun Maut Di Restoran Berputar

0
36518

Kita sudah terbiasa melihat situasi kanak-kanak berlari di dalam restoran kerana mereka sangat hiperaktif dan ingin bebas bermain semasa ibu bapa sedang menikmati makanan.

Namun, malang menimpa sebuah keluarga apabila anak mereka mati tersepit di antara dinding dan meja makan bergerak.

Keluarga itu yang berasal dari North Carolina berkunjung ke restoran Sun Dial di Hotel Westin Peachtree Plaza, Atlanta untuk menikmati makanan tengahari bertukar tragis apabila anak mereka dilihat berkeliaran sebelum kepalanya tersepit.

Sumber dari wcnc.com

Keluarga mangsa merupakan pelanggan terakhir di restoran tersebut dan mangsa dilaporkan berkeliaran kerana ingin melihat pemandangan di luar restoran, ujar WSBTV.

Pekerja dan pengawal keselamatan telah sedaya upaya untuk cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dan restoran turut berhenti berputar untuk memudahkan kerja menyelamat tetapi mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Grady.

“Satu kemalangan tragik membabitkan seorang budak lelaki berlaku di hotel. Kesedihan kami tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ingatan dan doa buat keluarganya (mangsa),” Kata George Read, pengurus Hotel Westin Peachtree Plaza.

Kita perlu sentiasa peka di mana anak kita berada untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Paus Bapak Besar! (Osaka)