Budak Melayu Mata Biru Jadi Perhatian

0
14025
Gambar: Harian Metro

Kebiasaannya mereka yang bermata biru ini adalah mempunyai darah masyarakat Eropah dan amat jarang kita akan bertemu dengan orang yang bermata biru dalam masyarakat Asia terutama Malaysia, sekiranya ada pun kebiasaannya orang tersebut memakai kanta lekap berwarna.

BACA: Jangan Lupa Ke Kampung Pelangi Jika Ke Indonesia!

Akan tetapi berlainan dengan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang berasal dari Kampung Bingkul, Beaufort, Sabah ini kerana mempunyai sepasang mata yang berwarna biru laut yang asli.

Kehadiran Kamarul Hisham Mustafa Kamal, 9, ini mendapat perhatian Harian Metro kerana raut wajahnya seperti orang lain, berambut hitam lebat dan mempunyai warna kulit sawo matang.

Kamarul Hisham mewarisi keunikan ini daripada ibunya, Rosdah Abdullah, 47, yang turut mempunyai warna mata yang sama dan kakak Kamarul, Nurul Syafiqa, 17, juga mempunyai warna mata seperti ini.

Gambar: Harian Metro

“Jika di sekolah rakan selalu panggil saya ‘mata guli’ disebabkan mata saya yang berbeza warna daripada kawan yang lain, namun saya menganggap ia bukan penghalang saya untuk bergaul sesama mereka,” ujar kamarul kepada wartawan.

Kehadiran Kamarul juga sentiasa menjadi tumpuan orang ramai dan akan bergambar bersamanya sebagai tanda kenangan kerana keunikan ini amat jarang ditemui dalam masyarakat Malaysia.

Kamarul turut memberitahu, ibunya mempunyai sepasang mata yang berlainan warnanya iaitu sebelah berwarna biru dan sebelah lagi berwarna hitam.

Keluarga Kamarul menyedari keunikan warna matanya sejak Kamarul berusia empat tahun dan dia berasa bersyukur atas keunikan yang dia ada.

Bercita-cita menjadi seorang bomba, Kamarul tidak berasa janggal untuk bermain bersama rakan-rakannya walaupun terdapat berbezaan yang ketara daripada segi mata.

VIDEO: Selamba Dia Letak NUTELLA Banyak Banyak

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram