Baru baru ini tersebar video seorang lelaki yang kelihatan terjerut pada sebatang pokok kelapa. Melalui rakaman video tersebut, ada warga laman sosial yang melemparkan tuduhan melulu yang mendakwa lelaki berkenaan berniat untuk membunuh diri sedangkan mereka sendiri tidak mengetahui perkara sebenar yang terjadi di sebalik kejadian.

BACA: Mengamuk Sebab Gerai Kena Roboh Sebelum Raya

Melalui laporan Sinar Harian kejadian tersebut sebenarnya berpunca daripada kesilapan teknik yang digunakan oleh Mohd Zulhisyam Zulkifli (23 tahun) yang sememangnya bekerja kampung bagi menampung keperluan dirinya dan ibu.

Kejadian yang berlaku di Pendang, Kedah tersebut menyaksikan Zulhisyam bergelut dengan maut sebelum ada seorang individu lain yang menyelamatkannya.

“Saya hanya fikir untuk dapat duit saja sebab selalu kalau saya panjat pokok nyoq (kelapa) orang akan upah saya RM20 hingga RM30. Itu kali pertama saya panjat pokok nyoq muda, sebelum ni saya selalu panjat pokok nyoq tua sahaja,” katanya.

Menurut Zulhisyam, dia memanjat pokok berkenaan seperti biasa dengan meletakkan tali di pinggang dan menyangkut di leher. Sama seperti sebelumnya, setibanya dia di pucuk pokok kelapa, dia akan mengikat hujung tali pada tandan buah kelapa dan menggunakan parang untuk mencantas tandan kelapa berkenaan.

“Tapi akibat tersalah teknik, apabila tandan nyoq tersebut nak jatuh dia tarik sekali dengan badan saya menyebabkan tali di berkenaan terjerut leher saya. Satu tandan ada lebih kurang 25 biji nyoq dan jumlah nyoq tu sudah cukup berat untuk tarik saya supaya jatuh bersama”

“Masa tu saya dah tak ingat apa dah hanya fikir mak dan nyawa saya ja. Saya rasa macam sesak nafas, sebak dan tak ingat apa dah, bila sedar saya dah ada di hospital,” jelasnya.

Menyifatkan kejadian yang menimpanya itu sebagai peluang kedua untuk hidup, Zulhisyam dalam masa yang sama tidak akan melupakan pengalaman ngeri tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Resepi Popia Horlicks Yang Ribuan Orang Dah Share