Bukan Senang Turun Dari 100Kg ke 83Kg!

0
3341

Memiliki bentuk badan yang ideal dan mantap adalah impian setiap orang. Tak mustahil sebenarnya kalau kita betul-betul amalkan bersenam dan pemakanan yang baik.

BACA: 10 Makanan Yang Boleh Makan Banyak Dan Tetap Kurus

Ikut jadual bersenam, amalkan pemakanan sihat dan kurangkan makanan segera mungkin membantu dalam proses mendapatkan berat badan ideal.

Sumber dari Zuriyadi Sarpin

Menurut perkongsian facebook oleh Zuriyadi Sarpin, dia mencari ilmu untuk bersenam dan diet dahulu sebelum memulakannya.

Dulu berat 100kg!

Semuanya bermula apabila isterinya menghantar gambar whatsapp tiba-tiba.

“Maiigadddd terjumpa gamba ni, Anda buncit atau ape waktu ini? Hahahahah..”

Bila dilihat kembali, Zuriyadi pun rasa segan. Tahun 2015, dengan berat 100kg! Apabila berat sudah mencecah angka begitu, maka dia mulai insaf dan berazam untuk menurunkan berat badan.

Mula kaji pasal pemakanan

Perkara pertama yang dilakukan adalah menjalankan sedikit kajian dan pembacaan.

Zuriyadi menyatakan dia mengkaji tentang pengambilan kalori, pembahagian makan, cara mengurangkan karbohidrat dan diet sihat serta diet atkins.

Menurutnya, diet atkins paling tidak sesuai. Selama dua minggu dia mengkaji bersungguh-sungguh. Setiap blog tentang resepi diet dilayarinya.

Blog seperti Kevin Zahari, Susu Sejat, Jordan Yeoh, semuanya sudah dikhatamkannya.

Bertindak selepas mengkaji

Setelah dua minggu, Zuriyadi memutuskan untuk memulakan rutin diet sihatnya.

Menurutnya, kalau dulu makan tiga kali sehari, kini dia menambah menjadi lima kali sehari. Semestinya pelik bagi anda, bukan? Tujuannya untuk mengelakkan kita lapar.

Akibatnya, hormon jadi tidak stabil akibat lapar.

Tambahnya lagi, jika dulu minum Nescafe empat kali sehari, kali ini dikurangkan menjadi cuma sekali. Dia cuba potong gula sebanyak yang boleh.

Coklat dan seangkatan dengannya ditolak habis (haramkan sekejap). Diganti semuanya dengan kekacang. Sekiranya mahu, dia sekadar rasa sahaja.

Amal diet dengan nasi

Untuk nasi pula, dia cuma ambil portion segenggam penumbuk sahaja untuk makan tengah hari dan malam.

Menurutnya, di awal memang sedikit susah kerana badan ambil masa untuk sesuaikan diet yang diambil. Sekarang, dia sudah biasa dengan nasi yang sedikit.

Zuriyadi menambah, dia amalkan diet dengan nasi sebab nasi adalah makanan ruji kita. Nasi tak bersalah! Dia juga melebihkan lauk dalam hidangannya.

Sabar kunci utama untuk kurus

Mengamalkan diet atkins memang akan menjadikan kita kurus, tetapi masalahnya kita akan menjadi gemuk kembali bila sudah ambil nasi.

Automatik akan menambah jumlah kalori secara tidak langsung.

Antara masalah orang kita adalah dia nak kurus cepat walhal dia lupa yang kegemukan itu bukan terjadi sehari dua.

Tiada produk kuruskan badan pun

Sebenarnya tiada produk kuruskan badan pun yang wujud sebenarnya dalam dunia ini. Semua itu pembohong dan wajar dihukum rejam sampai mati.

Dia amalkan minum air kosong sebanyak mungkin (ikut keperluan badan jugak). Indikatornya, haus sahaja, minum.

Selain dari itu, dia juga dah mula berjinak-jinak dengan gim. Masuk gim jadi blur sebab apa pun dia tak tahu. Nak guna mesin semua lihat orang lain dulu.

Zuriyadi ke gim untuk buat kardio seminggu empat kali. 1 jam setengah setiap sesi. Tapi alang-alang dah ke gym takkanlah tak nak angkat dumbell or barbell kan?

Hanya perlukan 20 minit yang pertama untuk bakar lemak. Kalau kurang dari tu maknanya kita hanya bakar apa yang kita makan sebelum itu dan badan maintain macam itu sahaja.

Turun ke 83kg tak sampai 7 bulan

Dari gemuk 100kg dia berjaya turun jadi 83kg dalam masa tak sampai 7 bulan. Exercise dah jadi rutin sampai isterinya pun terpengaruh ikut masuk gim jugak.

Tambahnya lagi, kalau dulu 100kg dia jadi agak malas dan badan rasa tak best selalu, sekarang badan jadi ringan dan rasa energy level yang tinggi.

Kita jadi lebih tenang, rileks dan kurang nak naik angin. Sampai hari ini dia teruskan rutin exercise yang sudah diamalkan sewaktu di Dubai dulu.

Bila sudah 83kg rasa kurus sangat dan sekarang dia kekalkan berat jadi 86kg sahaja. Tak senang nak turun tapi tak mustahil.

Tak perlu sapu krim kurus!

Pesanan terakhirnya, tak perlu sapu krim kurus dengan harapan nak pecah lemak di perut, peha, atau pipi. Itu semua tahyul!

Lemak tak boleh dikawal nak hilang belah mana. Dia akan hilang secara sama rata sebenarnya. Jadi berusahalah. Hanya diri kita sendiri yang mampu mengubahnya.

NO PAIN NO GAIN!

SLOW PROGRESS IS BETTER THAN NO PROGRESS!

GO WORKOUT!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Padunya Siakap Stim Lemon Restoran Mak Engku!!!!