Burger Indomie Jadi Buah Mulut Orang Ramai

0
1251

Indomie yang sememangnya berasal dari Indonesia dan popular di negara ini menjadi kegilaan orang ramai kerana perisanya yang unik dan sedap. Biasanya jika malam-malam tengah lepak, indomie menjadi pilihan anak muda untuk supper.

BACA: Kedai Ramen Mangkuk Besar Di Pulau Pinang Viral

Indomie boleh diolah menjadi hidangan yang unik seperti murtabak Indomie, burger Indomie, pizza Indomie dan bermacam cara lagi. Bagi seorang pemilik kafe di Indonesia, Muhammad Luqman Baehaqi, 39 tahun, dia mencipta burger Indomie untuk penggemar makanan segera itu.

Sumber dari toktokwow.com

Pemilik kafe Mammamie itu juga menambah, konsep hidangan di kafe berunsurkan barat tetapi menggunakan Indomie sebagai bahan asas dalam setiap hidangan yang disediakan.

Selain burger Indomie yang hangat diperkatakan di negara jiran itu, Luqman berkata kafe dia menyediakan pizza, burrito, quesadillas malah sushi juga menggunakan Indomie.

Sumber dari channelnewsasia.com

Tujuan dia menggunakan Indomie dalam setiap hidangan adalah kerana dia ingin menarik minat golongan anak muda untuk mencuba hidangan barat tetapi masih mengikut citarasa tempatan.

Orang ramai sekarang makin kreatif dalam membuat resepi. Ini adalah satu langkah yang bagus kerana ia dapat memberi kita lebih banyak pilihan makanan. Nampaknya kena pergi melancong ke Indonesia demi burger Indomie.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia