Burger Semurah RM1.30 Laris Di Kelantan

0
5830
Gambar: Sinar Harian

Pada zaman kos barang yang makin meningkat kini jarang dapat dijumpai burger yang dijual dengan harga dibawah RM2.00 untuk menu burger daging ataupun burger ayam.

BACA: Kenny Rogers Kini Ada Menu Pedas Gila

Berlainan dengan sebuah gerai burger yang di Rantau Panjang, Kelantan yang menggunakan slogan ‘harga koma sejak 2009’ dan ‘rasailah A-Class Burger’ menjual burger dengan semurah RM1.30 sehingga RM7.50.

Gerai burger Sabila Nawi, 23, ini berada di kedai warisan keluarga yang berhadapan dengan SMK Rantau Panjang dan terletak dalam kawasan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan tidak hairan ia mendapat sambutan ramai.

Menu yang paling laris dijual adalah burger mini yang berharga RM1.30 dan juga roti hamlet dengan harga RM2 serta burger foldover daging atau ayam dengan hanya RM3.50.

Gambar: Sinar Harian

Selain itu di gerai ini turut terdapat 20 menu lain termasuklah oblong kambing dan foldover kambing yang berharga RM7.50 dan RM6.50 setiap satu.

“Kebanyakan pelanggan menggemari sos lada hitam yang saya saya masak sendiri, menggunakan 18 rempah,” ujar Sabila kepada Sinar Harian.

Gerai tersebut dibuka setiap hari kecuali cuti umum bermula jam 8 pagi sehingga 12 malam dan kini beliau turut mempunyai cawangan terbaru di Bandar Lama Gua Musang.

VIDEO: Pecah Perut Makan Western Dalam Dulang Ni!!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram