Cadangan Menu Untuk Anda Kekal Turun Berat

0
963

Makanan adalah perkara asas dalam kehidupan manusia dan ia berperanan memberikan tenaga dan kekuatan untuk tubuh badan supaya bergerak pada setiap hari.

BACA: 7 Cara Betul Dan Berkesan Untuk Kurus!

Ada juga yang beranggapan untuk mengurangkan berat badan adalah dengan tidak makan dan memang benar ia akan membuatkan berat badan anda akan turun tetapi secara yang tidak sihat.

Perkara yang sebetulnya adalah memperbaiki diet seharian dengan makanan yang berkhasiat dan kuantiti makanan yang diambil supaya selari dengan keperluan kalori seharian badan.

Oleh itu kami kongsi cadangan menu bermula daripada sarapan sehingga makan malam yang boleh membuatkan berat badan anda turun sebanyak satu hingga dua kilogram dalam masa seminggu secara konsisten.

Menu untuk sarapan

Anda boleh membuat pilihan dengan mengambil makanan antara yang dicadangkan ini.

1. Sebiji telur rebus dan sebiji pisang.
2. Segelas jus avokado yang ditambah dengan sedikit susu pekat manis.
3. Sebiji epal dan sebiji pisang.
4. Omelet bersama sepotong jagung manis.

Menu untuk makan tengah hari

Bagi makan tengah hari anda boleh mengambil sedikit makanan yang berat setelah anda melakukan aktiviti seharian.

1. Sepotong dada ayam yang dibakar atau rebus bersama sebiji kentang kukus.
2. Semangkuk kecil brokoli tumis bersama seketul tauhu kukus.
3. Semangkuk sup sayur-sayuran dan setengah senduk nasi beras perang.
4. Seekor ikan bakar bersama setengah senduk nasi putih.

Menu untuk makan malam

Sepatutnya untuk makan malam anda tak perlu mengambil makanan yang terlalu berat kerana ia hampir ke waktu tidur. Oleh itu berikut adalah cadangan menu untuk makan malam.

1. Semangkuk kecil kubis tumis dan tauhu.
2. Segelas jus jambu tanpa gula dan segenggam kacang almond.
3. Segelas jus lobak dan epal
4. Sepiring tauhu dan tempe bersama sambal.

Selain itu anda perlu memperbanyakkan meminum air kosong dan juga cuba elakkan makanan bergula dan berminyak. Dalam masa seminggu anda akan rasa perubahan terhadap tubuh badan.

VIDEO: Hmm…. Sedap Ke Tak Ana Ikan Bakar Petai? 🤔 🤔

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram