Cara Anda Potong Kek Selama Ini Salah

0
40006

Kebiasaannya apabila hendak memotong kek yang berbentuk bulat mesti anda akan memotongnya kepada bentuk tiga segi kerana cara potongan itu yang biasa kita jumpa.

BACA: Secret Recipe Menang Anugerah Kek Terbaik

Potongan kek sebegini akan menyebabkan tekstur kek menjadi kering

Akan tetapi cara potong sebegitu akan menyebabkan tekstur kek menjadi kering dan tidak segar sekiranya terdedah kepada suhu bilik ataupun disimpan di dalam peti ais.

Jika anda perasan apabila anda membeli kek di kedai ataupun kafe pasti mereka akan menutup bekas potongan kek dengan plastik atau kadbod sebelum disimpan kembali ke dalam chiller.


Namun bagi anda di rumah, boleh memotong kek dengan cara potong memanjang di tengah kek seperti di dalam gambar.

Cara potongan seperti ini membolehkan anda untuk menolak kembali dua bahagian kek jika ingin menyimpannya dan dapat mengelakkan tekstur kek menjadi kering.

Selain itu, bagi kek yang berkrim mungkin agak sukar untuk memotong kek dengan cara sebegini kerana krimnya namun jika anda ingin memotong kek fondant seeloknya gunakan cara ini.

Kami kongsikan juga video bagaimana cara untuk memotong kek dan menyimpan yang betul supaya kek anda akan berasa segar dan lebih tahan lama.

VIDEO: Mudahnya Buat Kek Batik | Random Rabu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram